Seronok “berzikir” menunggu

ISNIN – 10 JANUARI 2022 ~

Mesti bersedia untuk seronok. Urusan yang kita tidak tahu sejauh mana urusan mereka.

Untuk dapat parking pun kena seronok. Pusing sambil sebut2 nama ALLAH SWT dan junjungan suci Nabi Muhammad SAW.

Dapat ! Cuma payah dan lambat. Jadi, kita sendiri pun kena cepat. Untuk berurusan di HUSM, sesuai sampai di tempat parking selewatnya jam 7:30 pagi. Sampai lebih dari jam 8 “kena seronok berzikir” sambil pusing tunggu giliran.

Mulakanlah pengajian “dengan nama ALLAH”

SABTU – 8 JANUARI 2022 ~

ESOK, Ahad 9 Januari 2022 akan buka pengajian persekolahan penggal pertama 2022.

Anak sulong saya AHMAD FATHI yang mengikuti pengajian agama disebuah institusi swasta hari ini melapurkan diri di masuk asrama.

Belajar kerana menunaikan perintah ALLAH SWT. Matlamat untuk mengenali ALLAH SWT dengan secara ilmiah untuk membebaskan diri kejahilan.

Wajib SABAR menunggu

AHAD – 2 JAN 2022 ~

Saya buat kesimpulan untuk diri saya sendiri, “wajib sabar menunggu”. Semalam tak dapat up date fikri-mu.com ini, tiada post dihari yang digembirakan oleh sebahagian kita, 1 Jan “menyambut tahun baru 2022”.

Line internet terlalu perlahan, sangat perlahan, tak muncul2, sehingga saya tak sanggup tunggu. Tiap kali buka blog, nak “post” tak dapat. Pagi ni boleh !!. الحمدلله.

RBS 10.6. Jam 11:28 malam sebelum tidur 1/1/22. Inject insulin 24 unit.

Pagi ini, ( gambar bawah )

FBS 7.3. Jam 6:56 pagi. 2/1/22.

Saya dapati, “benar,”, rosak hubungan sesama kita kerana tidak pandai menggunakan, mentadbir hand set dan hati sendiri.

Kita ni, ada disekeliling kita orang yang patut malah wajib dihormati. Isteri kepada suami, pekerja bawah kepada ‘boss’. Anak kepada ibu bapa dan lain-lain.

Walau apa yang menarik perhatian, bila jumpa dengan orang yang selayak dihormati itu maka perlu tinggalkan, matikan hand phone ditangan. Tegur hormat, beri salam, tanya khabar, mempersilakan bagi yang patut dipersilakan. Jangan asyik pegang dan tatap hand phone. Itu kecelakaan hand phone. Menguasai manusia hingga merosakkan hubungan kesepatutan dari sudut nilaian agama.

Ini perlu diambil sikap baru. Serius memikirkan perkara sebegini walau nampak kecil !!

Saya dapati, orang yang “terlalu cermat” jaga keluar masuk duit sendiri, boleh juga disebut kedekut atau bakhil akan tumbuh bersusun sifat-sifat yang negatif.

Diantaranya, tak mahu bergaul dengan orang. Jika berhubung dengan orang ( atas nama persahabatan ) ada kemungkinan minum dan makan dikedai. Bila makan minum dikedai ( sewaktu sebelum PKP minum dikedai adalah perkara biasa bagi orang yang bersahabat dan berkawan), lalu ada kemungkinan kena “belanja bayar” makan minum bersama. Takkan orang lain saja yang bayar. Bagus jika “bergilir bayar”. Tapi bila cermat sangat, lebih baik tidak berkawan. Hanya berkawan dengan anak isteri saja. Sebab itu, sanggup “tinggal kawan”, kecuali kawan yang nak berkawan sangat dengan dia, kena “datang mengadap” kerumah dia.

FBS 8.7. Jam 5:30 pagi sebelum subuh. 1/1/22.

FBS 5.4. Jam 8:34 pagi – 1/1/22 di Salor ( ketika hendak makan pagi ) bersama AFR.

Pekerja pembinaan ruang untuk berwudhu’ perempuan TERTUTUP Masjid Uthmani الحمدلله berjalan lancar.