Category: Uncategorized
DARUL IKHWAH TAHFIZ UTHMANI
ISNIN ~ 16 Januari 2023


TerKENANG 18 Disember 2022
~ AHAD ~ 8 Januari 2023


Tarikh yang ALLAH SWT anugerahkan pengalaman baru dalam hidup saya.
Petang Sabtu, 17 Disember 2022 jam 3 petang bertolak dari Kampung Kolam untuk ke TAHFIZ AN-NUR BESUT yang terletak di Kampung Alor Belanga, Jerteh.
Anak sedang mengikuti program “KEM PINTAR SOLAT dan AL-QUR’AN” dan akan tamat esok 18 Disember 22. Datang awal untuk senang, boleh ambil awal. Jika terlewat, bimbang anak tention.
Esok, 18 Disember juga hari yang dimaklum umum oleh pihak berkuasa bahawa hujan lebat akan turun.
Malam ini, malam Ahad bermalam di HOMESTAY RAMBAI.


Kata, abang Haji Mad, tuan punya RAMBAI, “dekat surau tak naik air kalau mengikuti rekod banjir lepas”. Lalu untuk langkah pertama saya parking ditepi jalan ditepi surau itu. Sebagaimana gambar bawah.
Malam ini juga, final World Cup FIFA 2022 Qatar diantara Perancis – Argentina. Tengok bola bukan kerana minat sangat. Ia hanya untuk merasakan kebersamaan sahabat2 yang menjadi peminat tegar bola.
Hujan renyai2 tak henti2. Tertidur dan terjaga jam 4:30 pagi Isnin Kelihatan air memenuhi halaman hadapan HOMESTAY RAMBAI.

Jam 5:30 pagi ( gambar atas ) air mula menjejakkan masuk kelantai HOMESTAY RAMBAI.
Manakala pagi esok ( 19 Disember ) Isnin, walaupun kereta dipindahkan dari tepi jalan dekat surau ke depan premis kedai yang teduh dan tinggi, juga dinaiki air pada banjir kali ini.
Air dibahagian depan dan belakang. Juga luar dan dalam pada tempat duduk belakang Dan bonet

Atas ; Anak AFJunduLLAH sedang mengeluarkan air dari dalam bonet.



Kunjungan UKHUWWAH
AHAD ~ 8 Jan 2023


Ada sahabat lama, SAHABAT PUTERA DIHATI KU yang tinggal di Pasir Puteh menghubungi dipagi hari. Saudara ku Ilyas singgah di TAHFIZ UTHMANI.

Terima kasih kerana sudi menziarahi. Hari ini hujan rintih tidak putus. Tidak lebat, pekerja pembinaan MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN UTHMANI tidak datang, “bercuti” kerana cuaca tidak mengizinkan untuk kerja dengan lancar
Tengok gambar bawah. Air memenuhi tempat yang sedang dalam pembinaan terkini.

Musim tengkujuh belum tamat. Mungkin kini pusingan akhir.

Selepas ini, dikawasan yang kelihatan mesti ditambahi tanah baru. Bahasa Kelantan kata “tambun”. Tanah “Bukit Merbau” diperlukan.

Atas, gambar muka depan DARUL IKHWAH TAHFIZ UTHMANI iaitu RUMAH TETAMU TAHFIZ UTHMANI. Sebuah bilik yang kecil tapi dilengkapi dengan kemudahan untuk tetamu TAHFIZ UTHMANI
Hebatnya UJIAN ini


JUMAAT ~ 30 Disember 2022
Semalam, sampai masanya usaha membina pagar sempadan dan menambah baik jalan masuk ke MASJID UTHMANI atau TAHFIZ UTHMANI


Tanda “paku” tanda resmi sempadan antara lot hak milik saya di Kampung Kolam dan tanah yang diberi milik kepada SMADUM.


Patuhi keFAHAMan yang benar untuk selamat


26 Disember 2022
Kebenaran itu dari ALLAH. ALLAH menegaskan dalam al-Quran. Kebenaran itu untuk di percayai dan berpegang teguh dengan apa yang dipercayai. Apa yang dipercayai itu bukan boleh dipilih mengikut selera peribadi. Ia telah ditetapkan oleh ALLAH SWT.
Gagahi mencatat

JUMAAT ~ 21 Jamad-il-Awwal 1444 / 16 Disember 2022.
Sejarah berulang dan sentiasa berulang kini dan akan datang. Sejarah melingkari kehidupan manusia, kita dalam PERJALANAN MENUJU RABBINA.
Sepatutnya, setelah menyedari kegagalan ISTIQAMAH saya memaksa diri untuk ISTIQAMAH mencatat. Apatah lagi dengan berlakunya bersiri-siri peristiwa penting dalam negara.
Bermula dengan pembubaran parlimen, proses perjalanan pilihan raya umum ( PRU 15 ), kelewatan perlantikan jawatan Perdana Menteri 10, juga kelewatan pembentukan kabinet dan kini yang terakhir iaitu perjanjian antara parti politik gabungan yang memerintah Malaysia kini.
Hari ini, berlakunya detik penting negara dan pemerintah. Perjanjian MOU diantara ketua-ketua parti politik.
Gambar bawah. Sebelum makan malam jam 9:19 malam. Inject Insulin 12 unit kemudian makan sayur air brokoli kosong. Juga makan Oat.
Kenapa DSAI tidak umum kabinet
Mohon ISTIQAMAH
ISNIN – 3 Jamad-il-Awwal 1444 /28 November 2022.


Suatu yang mahal nilainya tentu tidak akan dapat dengan mudah. Kepayahan untuk mendapatkannya dapat dirasai oleh siapa yang hendak mendapatkannya. Itulah sebuah ISTIQAMAH.
Mahalnya nilai ISTIQAMAH kerana ia dinilai oleh ALLAH yang meletakkan ISTIQAMAH ditempat yang tinggi.
ALLAH, Pencipta, Pendidik sekelian alam menetapkan, wajib seseorang hamba meMOHON ISTIQAMAH dari NYA. Dapat anugerah ISTIQAMAH bererti dapat kejayaan “al-falah”.
IJTIMAK TARBAWI 2022


JUMAAT ~ 30 September 2022.
Bersama anak, AHMAD FATHI RABBANI dan sahabat Ustaz Fakhrurazi ke tapak program IJTIMAK TARBAWI 2022.
Salah seorang peserta IJTIMAK ini ialah AHMAD FATHAN JUNDULLAH, 13 tahun yang sedang mengikuti penghafazan al-Quran disebuah institusi tahfiz.
