Gagahi mencatat

JUMAAT ~ 21 Jamad-il-Awwal 1444 / 16 Disember 2022.

Sejarah berulang dan sentiasa berulang kini dan akan datang. Sejarah melingkari kehidupan manusia, kita dalam PERJALANAN MENUJU RABBINA.

Sepatutnya, setelah menyedari kegagalan ISTIQAMAH saya memaksa diri untuk ISTIQAMAH mencatat. Apatah lagi dengan berlakunya bersiri-siri peristiwa penting dalam negara.

Bermula dengan pembubaran parlimen, proses perjalanan pilihan raya umum ( PRU 15 ), kelewatan perlantikan jawatan Perdana Menteri 10, juga kelewatan pembentukan kabinet dan kini yang terakhir iaitu perjanjian antara parti politik gabungan yang memerintah Malaysia kini.

Hari ini, berlakunya detik penting negara dan pemerintah. Perjanjian MOU diantara ketua-ketua parti politik.

Gambar bawah. Sebelum makan malam jam 9:19 malam. Inject Insulin 12 unit kemudian makan sayur air brokoli kosong. Juga makan Oat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *