

21 Ramadhan 1443 ~ SABTU ~ 23 April 2022.
ALLAH SWT sentiasa menganugerahi nikmat NYA. Yang Maha Baik Merahmati.
Sejak 25 Februari 2022 lalu ( 23 Sya’aban 1443 – Jumaat ) hujan tak menentu. Kesannya, pembinaan MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN UTHMANI terganggu. Lubang tapak yang digali tak dapat diteruskan pembinaan kerana dipenuhi air.
Pada pagi Jumaat tarikh tersebut, saya menjemput beberapa orang sahabat iaitu Ustaz Nik Adli, Ustaz Nor Azariza, Ustaz Fadhilul Hakimi dan Ustaz Kashuadi ke ‘majlis’ meletak asas pembinaan TAHFIZ UTHMANI.
Majlis makan secara santai turut meraikan kehadiran sahabat. Sahabat dijemput dan kehadiran mereka adalah suatu simbolik bahawa kami adalah seperjuangan.







Lubang yang pertama digali seluas 7 kaki lebar dan sedalam 5 kaki. Selepas digali waktu siang kelihatan “mata air” mengeluarkan air yang deras. Manakala pada waktu malam nya hujan turun dengan lebat.