Tetapkan HATI

JUMAAT – 24 DISEMBER 2021 ~

Perjuangan untuk menegakkan kebaikan pada dan dalam diri adalah perjuangan yang sebenar dan benar. Perjuangan untuk sebarkan kebenaran adalah suatu tuntutan yang mesti difahami kerana ia adalah kebenaran. Kebenaran adalah jalan mustaqeem yang selalu kita pohon.

RBS 16.2 – Jam 1:37 pagi – Jumaat – 24/12/21. Inject insulin 28 unit. Tidur lewat tadi. Jam 3 pagi tak lena lagi.

Sebelum tidur, panggil kakak AFM, sembang dan menasihatnya kerana sampai masanya untuk memasuki madrasah tahfiz semula. إن شاء الله. “Kakak okey, ikut saja”, kata kakak. “الحمدلله, syukur”, kata abi.

FBS 3.2 – Jam 7.1 pagi – Jumaat – 24/12/21 – Simptom, jari tangan hampir menggeletar dan sakit kepala disebelah kiri serta tenaga jadi kurang tiba-tiba. Begitu !! Ya begitu, HYpo.

Ambil 2 biji buah kurma dan sekotak milo. Selesai. Simpanlah dan berbekallah dengan dua ciptaan ILAHI. Satu dizahirkan oleh manusia dan satu lagi ori, edaran Yusuf Tayyab… الحمدلله.

Selepas 2 jam, kesan 2 biji kurma dan sekotak milo.

RBS 7.6. – Jam 9:27 pagi – Jumaat – 24/12/21 -Kolam.

Starter pagi ; Perindopril 4 MG dan yang jenis kunyah untuk hadapi gastrik.

RBS 9.5.- Jam 4:11 petang – Jumaat – 24/12/21.

Solat Jumaat di Masjid Mahmudi, Pekan Melor.

Kebetulan, khatib jemputan hari ini, Ustaz Fikri Hamat dari MAIK.

Bersama Wea Kok Lanas.

Sedikit saya sindir dan seru dalam Twitter saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *