BILA ALLAH MENGHENDAKI

AHAD – 19 DISEMBER 2021 M ~

“Jadi…wajib jadi”. Tanpa syak ragu dan waham walau sekecil mana pun, “jadi…wajib jadi” bila ALLAH SWT menghendaki supaya terjadi, walau apa pun, didunia maupun diakhirat.

“ماشاءالله كان ” “Apa yang dikehendaki ALLAH tetap terjadi” ” ومالم يشاء لم يكن ” “Dan apa yang tidak dikehendaki ALLAH tidak terjadi” . Ini ‘aqidah atau pegangan wajib kita selaku MUSLIM juga MUKMIN. Ini kepercayaan dan pegangan wajib kita.

Tak sangka begitu besar musibah di bandar Shah Alam terkini. Jika di Kelantan suatu kejadian biasa. Malah Kelantan dipandang dengan macam-macam pandangan.

Sebab banjir, biasanya dikaitkan dengan “hujan lebat”. Bila hujan lebat, air banyak tersekat, saluran tersumbat. Lalu dikaitkan dengan “kemiskinan”. Kelantan miskin, tidak mampu membuat pembangunan saliran yang tersusun dan terbaik, lalu terjadilah banjir. “Hujan lebat pun, jika saliran baik, air dapat dialirkan dengan baik kelaut, tentu tiada banjir !”, sinis manusia memandang kepada Kelantan.

Ini dibandar Shah Alam, Selangor tempat yang moden dengan pembinaan pembangunan terancang terjadi juga !. Bila Bandar Shah Alam dibina ? Tiada saliran tersusun terancang ke ?

Dahulukanlah pandangan berasaskan keIMANan dan kepercayaan. ALLAH SWT sedia mengatur !!. Namun jangan lupa pandangan dari sudut teknik pentadbiran.

Di kampung pun banjir. Bawah adalah di Sungai Tendung, Pasir Mas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *