BANJIR

  • – SABTU – 18 DISEMBER 2021 M ~

FENOMENA banjir tahunan di Kelantan bermula. Saya bukannya nak lapurkan BANJIR. Hanya boleh tulis tajuk saja.

RBS 10.7 jam 1:40 pagi, 18/12/21. Ketika ini hujan berhenti. Tidak seperti awal maghrib tadi. Sekiranya hujan semacam awal maghrib tadi tak “serek” ( berhenti ) mungkin dihadapan rumah saya telah dipenuhi air.

Pagi ini pun nampaknya hujan tak turun. Turun “tidak bersungguh”. Khabarnya di Sungai Galas, Gua Musang air sudah tinggi naik. Di Dabong, hujan tak berhenti.

FBS pagi ini 7.9 jam 7:21 pagi, 18/12/21. Gambar tak boleh di upload kerana masalah hp ini yang tak boleh down load watshapp. Google Play tak dapat di download. Terganggu ni !!

Di DIN …PROFIX MOBILE Kok Lanas. Jawapannya, hp saya ini tak boleh buat kerja kerana tak boleh melalui Google Play. Google Play tak ada, hp ni beranak di China. Masalah !! ( Saya tak reti nak cerita lebih )

Kini dah jadi, pulih semula bila saudara Naim di PROFIX MOBILE pulihkan. Cadangan beliau, “boleh dapatkan hp baru. tu”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *