FORUM

ISNIN – 13 DISEMBER 2021 M ~

Program FORUM ialah sebuah program dakwah yang berkesan. Penganjur, penyampai dan pendengar mempunyai hubungan secara langsung.

Tokoh menyampai butiran yang berasaskan tajuk yang diberi penganjur dengan majlis dikendali oleh seorang moderator.

Program yang berformat soal jawab antara moderator dan penyampai ini berkesan untuk melekat dalam hati sasaran dakwah.

Kegeligaan moderator dan penyampai yang dapat menyelami dan ketepatan berhujjah dihadapan penonton amat diharapkan.

Di TAHFIZ AN-NUR, Setia Jaya, Sungai Tong, Setiu selepas maghrib hari ini telah berlangsung program FORUM anjuran pihak pentadbir AN-NUR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *