BERSEMANGAT BARU

~ 29 RABI’UL AKHIR 1443 H – SABTU – 4 DISEMBER 2021 ~

Kita semua tentu dan pasti MAHU lakukan kebaikan, kebajikan dan kebaktian. Bagaimana kita memahami itu semua.

KeMAHUan adalah urusan kita. Atau, adakah antara kita yang tiada KeMAHUan untuk melakukan keBAIKan dan keBAKTIan ?. Tak mungkin !!. Kecuali orang yang tidak pandai solat.

Bagi orang yang mendirikan solat, telah diwajibkan memohon dalam solat, “tunjukilah kami jalan yang MUSTAQEEM”.

Jalan MUSTAQEEM adalah jalan kebajikan, kebaktian dan kebaikan serta jalan yang sah keBENARannya. Bererti kita juga memahami makna dan erti solat dalam erti kata sebenar !!

KeFAHAMan kepada sudut kehendak dan kemahuan ini mesti difahami dengan baik. Setiap insan telah ada kemahuan dan kehendak kepada kebaikan. الحمدلله.

Apakah perkara, syarat yang perlu ada bagi membolehkan kita melakukan sesuatu itu ? Apa keperlukannya ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *