

~ 30 RABI’UL AKHIR 1443 H – AHAD – 5 DISEMBER 2021 ~
Kita tidak diperintahkan supaya memikirkan urusan dan kerja buat pentadbiran ALLAH SWT Tidak perlu kita tahu dan fikir tentang esok dan lusa bagaimana ? macamana ? apa ? .
Kita diperintahkan merancang serta berikhtiar untuk mencapai kehendak, azam dan hasrat serta niat kita disamping memohon dengan ALLAH SWT supaya menerima, menyampai dan meluluskan apa yang kita impikan !
Ia dalam urusan ghaib dalam ilmu ALLAH SWT. Kemuncaknya pasrah, menyerah dengan tenang kepada ALLAH SWT.
Kita diperintahkan supaya memikirkan tentang kita dan tentang kejadian ALLAH SWT.
Apa yang perlu kita buat untuk mendapat pahala kebajikan dan redha RABBINA.
Tentang tanggungjawab dan perancangan kita untuk melaksanakan atas nama perhambaan untuk menyempurnakan perintah NYA.
ATAS : FBS 7.4 – Jam 5:13 pagi ( sebelum subuh ) – 5/11/21.
ATAS : FBS 5.2. – Jam 9:34 pagi.