~ 28 RABI’UL AKHIR 1443 H – JUMAAT – 3 DISEMBER 2021 M ~
ATAS : Malam tadi RBS 10.1 sebelum tidur.
ATAS : FBS 3 .3 jam 4:57 pagi.
Solat subuh di Masjid Jamek Mahligai.
Berada dilakuan ini pada pagi ini. Terasa sedih, terfikir macam-macam, takut kepada ujian ILAHI pun ada, kasihan pun ada ada juga dan muncul suatu kefahaman, “i’tibar kepada semua yang tahu dan faham”.
Saya disini pada 1985, 1986, 1987 dan 1988.
Hari ini Jumaat. Nak solat Jumaat di masjid mana hari ini ? Saya sengaja, berjadual “solat Jumaat gilir masjid”. Sebelum PKP, sebelum pandemik COVID19 lagi saya pusing setiap minggu. Matlamatnya “nak kenal masjid-masjid”

Ditakhdirkan ALLAH, hari ini solat Jumaat di Masjid Jamek Padang Pak Amat, Pasir Puteh.