JUMAAT – 3 DISEMBER 2021 M ~
الحمدلله…dengan anugerah kurniaan ILAHI terkini. Ini adalah nikmat, serentak juga tersirat ujian serta suatu pembukaan dorongan dan pemberi semangat dari ILAHI.
ALLAH SWT Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang amat menyayangi hamba NYA.
Selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Padang Pak Amat, naik kereta buka hp. Tengok wasap ada suatu berita yang mengejutkan. Ada hamba ALLAH SWT yang pemurah menginfaq dengan jumlah yang tertentu hari ini untuk dibina TEMPAT WUDHU PEREMPUAN dan untuk membina MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN UTHMANI.