~ 26 RABI’UL AKHIR 1443 H – RABU – 1 DISEMBER 2021 M ~
HAKIKATnya, TIADA daya dan upaya. Demikianlah hakikat kita, manusia dialam dunia dan alam akhirat.
Ini pegangan, kepercayaan dan ikatan…..’aqidah kita MUSLIMIN yang kita diperintahan ALLAH wajib menTAUHID dengan kukuh semasa didunia juga akhirat.
ATAS : FBS 3.4.- Jam 5:11 minit pagi – 1/12/21 ~
ALLAH SWT, dengan rahnat NYA Menganugerahi sedikit kemampuan untuk berikhtiar bagi mencapai hasrat dan apa yang diingini disamping berMOHON bersungguh-sungguh kepada NYA.
Semuga tidak HYpo. Pagi ini kena ambil darah di KRK HUSM. Satu lagi, biasalah keadaan saya, waktu pagi begini selalu jari manis, jari hantu dan jari telunjuk serta pangkal tapak tangan jari hantu rasa berserban ( kebas ).
Bila digerakkan, akan hilang. Ambil masa sikit. Kena exercise jari untuk hilangkan kebas waktu pagi.
ATAS : BP 127/77/55. Sebelum solat subuh.
BAWAH : FBS 3.9. Selepas solat subuh. Pelik juga, FBS naik dari 3.4 ( jam 5:11 minit ) ke FBS 3.9 jam 6:25 pagi ) dalam masa 1 jam 14 minit. Hanya pakar kesihatan yang boleh jawab, kenapa FBS naik ? Sedangkan saya bergerak ; ketandas, mandi manda, dan solat ( maksudnya ada pergerakan, cuma tidak ekstrem saja ). ???
Insya Allah tidak HYpo. Kena bawa kereta 30 minit ke HUSM. Berbekalkan buah khurma…. HYpo !?!?!
Pasir Tumbuh bandar baru yang sedang menampilkan wajah. Mengambil langkah daya untuk maju ان شاءالله
Bawah ; bangunan pentadbiran HUSM Kubang Kerian.
Sampai HUSM jam 7:35 pagi. Keadaan tempat yang paling serabut…boring di HUSM, ialah “tempat parking”, payah. Tapi bila sampai pagi masalah ini selesai. Kita kena cekap ATUR dan paksa diri ikut JADUAL. Tak larat jaga masa, berjumpa dengan “serabut” menunggu untuk dapat parking.
Aku serahkan diriki, ambillah darah ku. Dalam darah ku ada belaka apa yang aku makan dan minum. Jika makan benda bergoreng tentu kolesterol meningkat. Jika terlebih protin tentu ada masalah buah pinggang. Jika terkenang gula ? Kini buah pinggang ditahap 3. Gula, monitor FBS dan RBS setiap hari. “Ya ALLAH…….”
Dari HUSM Kubang Kerian, sampai di Klinik Mahligai sebelum jam 9 pagi, الحمدلله
Sampai di Klinik Mahligai, RBS 6.5 pada jam 8:45. Percayalah, bagi yang mengidap dibetes ! Buah khurma banyak khasiat. Jika HY atau tidak pun ia terbaik !!
BAWAH : Dalam pengurusan yang inilah kali pertama bawa anak ke KLINIK MAHLIGAI dan ini adalah untuk VAKSIN dos 2 anaknda AFMujahidah. Anak ( berpurdah ) ditemani ibu ( didepan ) yang ditemani bapa. Seriusnya VAKSIN.