KENAL DIRI

~ 24 RABI’UL AKHIR 1443 H – ISNIN – 29 NOVEMBER 2021 M ~

KENAL adalah asas yang berkait rapat dengan tahu dan faham. Mengenali, mengetahui dan memahami serta mengerti kepada sesuatu perkara adalah berangkai-rangkai, berkait-kait dan sambung menyambung antara satu sama lain.

Berbeza tapi sama dan sama tapi berbeza yang saling bertindak lengkap melengkap untuk kebaikan manusia. “Sesiapa yang ALLAH menghendaki kebaikan kepadanya diberi FAHAM agamanya ( al-ISLAM )” Siapa yang berkata yang bermaksud demikian ?

Dari mana datangnya faham, tahu, kenal dan mengerti itu ?. Jawabnya dari proses pendidikan dan pembelajaran. Belajar dan mengaji serta mengkaji adalah sukatan dan jalan yang perlu dilalui oleh setiap insan.

Tanpa melalui siri-siri sukatan pendidikan dan pembelajaran, khususnya dalam ilmu ASAS agama ( ISLAM ) maka pastilah berlaku kekurangan pada diri individu tersebut.

Kekurangan atau ketiadaannya perkara yang wajib dikeTAHUi, dimengERTI, diFAHAMI dan wajib diKENALI iaitu ilmu tentang keIMANan maka muncullah masalah dalam perhubungan dengan ALLAH SWT dan juga manusia.

Perintah supaya belajar adalah merupakan perintah ILAHI. ISLAM adalah agama yang memerintahkan umatnya supaya belajar untuk mengenali, memahami, mengerti dan mengetahui secara benar, jelas dan yakin kepada ALLAH SWT dan agamanya ISLAM demi kebaikan dunia akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *