~ 15 RABI’UL AKHIR 1443 ~ SABTU ~ 20 NOVEMBER 2021 ~
Tempat lain ada sejarahnya tersendiri. Namun Negeri Melaka disifatkan sebagai negeri bersejarah. Bukan semata kerana didalamnya ada KOTA BERSEJARAH ‘A Farmosa’ yang dibina Portugis, tetapi kehadiran dan kemasukan Portugis ke Tanah Melayu ada kaitan dengan sejarah bangsa Melayu itu sendiri serta sejarah penjajahan didunia ini.
Sejarahnya amat berlainan dengan kota2 lain di Malaysia ; Kota Bharu Kelantan, Kota Tinggi Johor, Kota Setar Kedah, Kota Kinabalu Sabah dan Kota Gajah Indonesia.
Melaka pernah hebat gemilang dan pernah dijajah. Hari ini, kota ini akan mempamerkan suatu sejarah.
PRN MELAKA yang sedang berlangsung. Pengundian sedang dijalankan. Keputusan nanti adalah suatu sejarah.
~ ATAS : FBS 8.5. – Jam 5:54 pagi – 20/11/31 ~
3 ketumbukan besar bertanding berentap hebat untuk merebut dan mempertahankan kuasa di bumi Hang Tuah itu. BN ‘Barisan Nasional’, PN ‘Perikatan Nasional’ dan PH ‘Pakatan Harapan’. Semua bercita2 besar dan tinggi.
~ ATAS : RBS 12.0 – Jam 14.06 – 20/11/21 ~
Ketumbukan PN terdapat PAS yang merupakan gabungan antara beberapa parti politik. PAS memilih untuk bergabung dalam PN.
BAWAH : Subuh hari ini solat di Masjid Mahligai.
Dalam sejarah hidup saya, sedikit saja nama hamba ALLAH orang Melaka yang saya kenali.
Nama Ustaz Zahari Haris adalah sahabat dari Melaka yang pertama yang saya kenali di Karachi 1988. Masih punya hubungan hingga sekarang.
Sheikh Ali adalah tuan punya “rumah wakaf pelajar” atau “rumah wakaf Sheikh Ali” untuk pelajar di Ajyad Sud, Mekah dekat Masjid Baba Sin Siraj. Beliau seorang mutawwif yang menetap di Melaka.
Hanan dan Man adalah sahabat dari Melaka yang tinggal di “rumah wakaf Sheikh Ali”. Hanan khabarnya belajar di Pondok Ad-Diniah Pasir Tumbuh. Manakala Man, putus hubungan.
Din, sahabat yang tinggal sebumbung rumah sewa di Ajyad Sud dirumah Abang Haji Mad Bidin. Din tinggal dibilik sebelah. Kami sama2 sewa bilik Rial Saudi 2000 setahun. Din, sama belajar di Ajyad Sud. Saya balik ke Malaysia, dari Mekah akhir 1999 dan ketika saya menziarahi abang saya semasa beliau jadi Pengetua Maktab Perguruan Raja Melewar, abang beritahu “ada kawan belajar sama di Mekah, nama Din”, dia kini belajar dimaktab perguruan ini. Tapi saya tak sempat berhubung dengan Din.
Seorang lagi, Tuan Haji Ramli Walad. Beliau, saya jemput ke kampung saya untuk ceramah anti dadah anjuran bersama PEMUDA MASJID PERPADUAN UMMAH, AADK dan PDRM. Beliau pencen sekarang dan pernah bertugas di Pejabat Polis Bachok sebelum balik Melaka.
Sahabat tak ramai. Rugi !. Sahabat petlu ramai. Untung !!. Agak kerana sebab ini saya tak pernah ke Melaka secara khusus. Hanya singgah pada jam 3 pagi selama 30 minit dalam perjalanan dengan bas ke Johor Bharu pada 1980 untuk masuk ke Singapura.