MEMAHAMI dan MENGHARGAI NIKMAT

~ 12 RABI’UL AKHIR 1443 – RABU – 17 NOVEMBER 2021 ~

APA perkara pun, asasnya perlu kepada keFAHAMan terlebih dulu.

Fahami dengan elok dan yakin, tanpa ragu walau sedikit. Yakin akan kebenarannya. Dan kebenaran itu wajib dari ALLAH. ” الحق من ربك ”

ALLAH SWT menyebut dengan jelas dalam al-Qur’an, firman NYA bahawa al-ISLAM adalah “nikmat NYA”. ALLAH SWT menyebut نعمتى … “nikmat KU”.

Sebahagian dari ayat 2 Surah al-Ma’idah.

ALLAH SWT, Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang Menganugerahi NIKMAT.

Nikmat ALLAH yang diterima oleh RasuluLLAH SAW dan diperjuangkan oleh baginda, kini menjadi milik kita. Ia adalah anugerah ALLAH SWT yang paling agung dan tidak ternilai.

Justeru, dengan penuh keFAHAMan dan keSEDARan kita melafazkan الحمدلله dan kita berIMAN dengan apa yang diperintahkan NYA. … الحمدلله bersujud berhambalah kita kepada ALLAH SWT.

Anugerah, kurniaan, pemberian dari ALLAH SWT. Kita tidak minta dilahirkan didunia ini. ALLAH SWT mencipta kita. Dari tiada kepada ada. Itulah Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang, ALLAH SWT.

Lalu fahamilah, berpegang teguhlah bahawa nikmat paling agung ialah dapat mengenali ALLAH SWT itu TUHAN sekelian alam.

Kita berIMAN dengan ALLAH SWT, kita berTUHAN dengan TUHAN Yang Maha Sempurna. Tiada TUHAN Yang Maha Sempurna selain ALLAH. Ajaran ISLAM yang mengajar dan memahamkan kita akan kesempurnaan.

Itulah nikmat, ISLAM yang sempurna menyempurnakan. Siapa yang menerima ISLAM dengan faham dan beramal dengan keFAHAMan ISLAM maka ia akan memperolehi nikmat didunia ini lagi, الحمدلله.

~ ATAS : FBS 9.2 – Jam 6:30 pagi – 17/11/21 ~

~ ATAS : RBS 10.1 – Jam 12:18 tgh – 17/11/21 ~ Sukar nak turunkan “meter”.

Kefahaman adalah anugerah ILAHI. Samada secara langsung dari ALLAH SWT atau dengan pengajian secara formal.

RasuluLLAH SAW faham akan kebatilan jahiliah adalah hasil dari renungan, fikir dan pengamatan yang teramat tinggi.

Gabungan pengamatan yang tinggi, renungan yang halus tajam dan daya fikir yang jauh dari hati dan jiwa suci bersih akan melahirkan tindakan yang penuh pengorbanan dijalan yang benar.

Disamping, tidak lupa, bimbingan dan petunjuk ILAHI tetap berlaku. Kebersihan jiwa adalah syaratnya. Kebersihan jiwa, hati dan rohani adalah faktor yang perlu ada pada hamba bagi mendapat petunjuk ILAHI.

Jika berjiwa keras, angkuh dan sombong maka petunjuk ILAHI menjauhi, tidak singgah menetap. Terhijab, kecuali dengan Maha Pengasih dan Maha Penyayang NYA.

Kelembutan jiwa dan hati dapat dilihat bagaimana hubungan hamba dengan sujud dan dzikir. Dengan al-Quran dan majlis2 ilmu. Banyak sujud, rajin membaca kalam suci dan berUSAHA memahami al-Quran adalah tanda hati dan jiwa lembut yang berpotensi meningkat dalam hubungan dengan ALLAH SWT. Hiduplah dengan bimbingan ILAHI, bimbingan al-Quran.

ALLAH SWT Melihat hamba NYA, sejauhmana JIHAD, kesungguhan dan keinginan, pengorbanan dan keSEDIAan hamba NYA untuk membina diri dan jiwa.

~ ATAS : RBS 5.8 – Jam 5:03 minit – 17/11/21 ~

Semuga ALLAH SWT MEMBIMBING kita untuk MENGHARGAI niknat petunjuk NYA dalam sepanjang hayat berhamba dalam perjalanan menuntut menuju RABBINA.

والله اعلم

__________

Lama tak naik Masjid Ibrahim Pasir Puteh. Hari ini ditakhdirkan ILAHI solat maghrib disini.

Tak sangka, ALLAH SWT aturkan pertemuan dengan kenalan lama 1995, sewaktu jadi pelajar di Mekah. Walau bermask,lama tak jumpa, memberanikan diri tegur, “Cikgu Haji Ya ke ni ?”. Memulakan sapaan dengan yakin.

Cikgu Haji Ya, Cikgu Haji Bahrin dan Abang Haji Li tinggal sebilik di Mekah Tower ketika melaksanakan ibadah haji tahun itu. Berkat Tanah Suci, hubungan kekal kehari ini.

Bersama Cikgu Haji Ya. Semuga ALLAH SWT Menganugerahi kepada Cikgu Haji Ya keIMANan sejati dan keSIHATan terbaik selaku warga emas 80.

Lama tak jumpa, lalu bertanya khabar. Baru tahu, Abang Haji Li Pulau Lima dan Cikgu Haji Bahrin Kampung Kelubi, Pasir Puteh telah pergi menemui ILAHI.

“Semuga ALLAH SWT menerima amalan mereka berdua saudara ku, sahabat ku dan mengampuni serta meletakkan roh mereka dalam kalangan mereka yang telah mendapat nikmat ILAHI di jannah”. “Aamiin”.

Diakhir pertemuan, saya mohon Cikgu Ya doakan semuga ALLAH permudahkanlah usaha saya untuk membina MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN UTHMANI. “Masjid Uthmani dah siap”

Hulurkan kad ini kepada beliau….

~ ATAS : BP 121/76/61

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *