Bersama AFJ 2018 di HUSM

~ 9 RABI’UL AKHIR 1443 H~ AHAD ~ 14 NOVEMBER 2021 M ~

AFJunduLLAH kini berumur 12 tahun. Awal tahun ini, 2021 dimasukkan ke madrasah tahfiz.

Saya buat keputusan, “tidak ikuti peringkat sekolah kebangsaan sehingga tamat darjah enam”. Setakat darjah 5 saja.

Sebaik saja cuti akhir tahun 2020 semasa darjah 5, persiapan untuk ke madrasah tahfiz telah dibuat. Persiapan minda telah selalu dibuat. Kefahaman menghafaz al-Quran, menjadi seorang “al-Hafidz” selaku disampaikan.

Pada mulanya AFJunduLLAH kata, “masuk tahfiz tahun depan ( 2022 ) lah”. Ditanya sebab ?, tak ada apa pun !!. Syaitan merasuk “tangguh dulu”.

الحمدلله…nasib baik tidak terperangkap dengan kata-kata AFJunduLLAH. Saya tetap bertegas, “tak boleh, kena masuk 2021 ini juga”. ان شاءالله

Kebetulan berlaku wabak COVID-19, hujung 2019. Awal, Januari 2020 masuk madrasah. PKP pertama 18 Mac hingga 1 Ogos. Cuti. Bermula kelas “on line” bagi AFJunduLLAH.

Terkesan juga !!. Mulanya baca dengan guru. Akhirnya “gagal”.

Dirumah, saya tak tahu rumah saudara dan sahabat lain, “berhantu”. “Hantu gedget”. Masalah besar !!

Burger menjadi pilihan utama. Nasi sudah “tak laku” bila ada burger !!

Kini sedang mengulang hafazan Surah al-Maarij. Sudah empat juzu’ dihafaz. Mata pelajaran hafazan terakhir ialah Surah al-Hadid.

_____________

2018. Saya nak dapatkan rawatan di KLINIK RAWATAN KELUARGA [ KRK ] di HUSM. Bawa AFJunduLLAH temankan saya dari rasa “boring”, lama menunggu giliran.

Masa ini AFJunduLLAH darjah 4 ( 10 tahun ). Sudah gemar baca komik.

Persekitaran taman dalam kawasan HUSM yang menarik. Pohon buluh ori menghidupkan rasa selesa !!.

Saya bercadang untuk tanam pokok buluh kuning disekitar MASJID UTHMANI dan MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN UTHMANI suatu hari nanti….ان شاءالله

Tapi, tengok kolam. Tak dijaga baik. Boleh jadi pengunjung juga tidak jaga baik. Sepatutnya dalam kolam diisi ikan untuk terapi minda.

_______________

Semuga Ahmad Fathan JunduLLAH akan jadi seorang al-Hafiz suatu hari nanti….ان شاءالله

Ready untuk buat kad pengenalan di JPN KB Mall.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *