BAHAGIA CERIA

~ 8 RABI’UL AKHIR 1443 H ~ SABTU ~ 13 NOVEMBER 2021 M ~

Kehidupan bahagia menjadi matlamat hidup setiap insan. Seluruh kegiatan hidup insan tertumpu kepada langkahan untuk mencari dan membina keBAHAGIAan. Namun, mungkin ada yang salah faham dalam mencari kebahagiaan.

Kita mesti faham bahawa mencari kebahagiaan dan keceriaan mesti diserentak dengan mencari maqam tertinggi iaitu TAQWA. Tambah bahagia dan ceria dengan IMAN dan TAQWA.

Kerana hidup tanpa iman dan taqwa adalah hidup yang rosak dan merosakkan. Bertaqwa itu BAHAGIA walau tanpa kemewahan kebendaan.

ALLAH SWT memerintahkan kita mencari dan berpakaian dengan pakaian TAQWA sebagai sebaik2 pakaian.

~ ATAS : RBS 12.8 ~ Jam 1:43 tgh malam ~ 13/11/21.

_________________

TAQWA adalah matlamat hidup kita. TAQWA demi keredhaan ILAHI. Untuk memperolehi keTAQWAan memerlukan ILMU. Namun, bukan berakhir dan terhenti dengan maksud ada ilmu.

Ilmu mesti dipertanggungjawabkan dan diamalkan oleh setiap yang berilmu. Diamalkan dalam lingkungan yang luas yang bukan bererti menjumudkan ilmu.

Ilmu itu disebarkan “walau satu ayat” yang diketahui. Ramai “tidak pandai” menyebarkan ilmu kerana merasakan itu “urusan pendakwah”. Disinilah pentingnya keFAHAMan yang benar.

_______________

MAKLUMAN kepada saudaraku dijalan ALLAH.

Kini MASJID UTHMANI telah siap. Ruang SOLAT telah siap. Cuma RUANG TEMPAT WUDHU’ TERTUTUP PEREMPUAN belum siap.

Kini, sedang mengorak langkah meneruskan FASA 2 iaitu pembinaan asrama pelajar MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN UTHMANI yang terletak dibawah pentadbiran MASJID UTHMANI.

Anda boleh menyumbang. ان شاءالله. Peluang berKEBAJIKAN kini terbuka. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun atas nama MASJID UTHMANI.

Saya selaku Pengerusi MASJID UTHMANI dan Pengerusi Pembinaan MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN UTHMANI “dengan nama ALLAH SWT” بسم الله الرحمن الرحيم meMAKLUMkan dan amat-amat mengalukan SUMBANGAN anda dijalan ALLAH SWT.

Nom. AKAUN di RHB ; 2-53025-0000563-0

Terima kasih kerana sudi melayari laman ini.

جزاك الله خيرا كثيرا

“semuga ALLAH SWT merahmati memberkati mengurniakan balasan dgn keredhaan kpd anda dijalan NYA”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *