Jalan dan IKHTIAR KITA

~ 7 RABI’UL AKHIR 1443 H ~ JUMAAT ~ 12 NOVEMBER 2021 M ~

Telah ditetapkan JALAN lurus lagi benar untuk mencapai dan menuju kebaikan. Hari ini, Jumaat, kemuncaknya ialah mendengar KHUTBAH Jumaat yang disampaikan oleh khatib disetiap penjuru dimana menghuninya MUSLIMIN.

Seruan wajib untuk mendengar “apa yang terbaik dari ALLAH SWT” iaitu khutbah Jumaat yang diwajibkan khatib berpesan dengan pesanan dan perintah keTAQWAan kepada ALLAH SWT.

Yang diharapkan, dari seruan khutbah, menumbuhkan ilham untuk IKHTIAR, berUSAHA menjadi insan yang baik, berTAQWA di sepanjang perjalanan menuju RABBINA.

~ ATAS : FBS 7.6 – Jam 6:32 pagi – 12/11/21.

ALLAH SWT menetapkan solat Jumaat dirangkaikan sama dengan dua khutbah dari khatib sebelum solat.

Tidak ada solat Jumaat tanpa dua khutbah itu. Manakala tidak sempurna solat Jumaat bagi Muslimin tanpa mendengar khutbah. Hebatnya jalan ISLAM mendidik manusia kearah keMANTAPan dan keBAIKan.

Jika berada dihadapan khatib yang sedang betkhutbah untuk solat Jumaat tetapi tidak mengambil perhatian kepada isi khutbah yang disampaikan maka ia dikira melakukan perbuatan lagha atau lalai yang merosakkan kesempurnaan solat Jumaat.

Begitu syadid pengajaran ISLAM dalam hal pendidikan kepada umatnya. Wajib dengar khutbah untuk ilmu dan maklumat semasa atau isu MUSLIMIN.

Hari ini solat Jumaat di Masjid Ridhuan, Sungai Tong. Khutbah Jumaat hari ini mengupas tentang “seruan untuk anak muda”

Dalam perjalanan pulang, 4:30 petang. Dirasakan cuaca baik, tiada hujan turun petang ini. Masjid Hadhari Jertih. Masjid yang dibina semasa Idris Jusoh jadi Menteri Besar Terengganu ketika Pak Lah Badawi sebagai Perdana Menteri kelima.

Singgah di SMO Book Store Jertih. Banyak buku baru yang menarik.

Pihak pemerintah hendaklah berUSAHA berIKHTIAR melaksanakan KEMPEN MEMBACA dikalangan rakyat Malaysia. Didapati, anak2 bangsa Melayu amat kurang berkeperibadian “suka membaca”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *