~ 6 RABI’UL AKHIR 1443 H ~ KHAMIS ~ 11 NOVEMBER 2021 M ~
MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN UTHMANI yang dicadang pembinaan diatas tanah lot yang sama dengan MASJID UTHMANI.
Berada dilokasi Kampung Kolam, Mukim Kolam Tok Junoh, dalam Daerah Mahligai, Jajahan Bachok, Kelantan DN.
Alamat surat menyurat sebagaimana dibawah : PT 295, KAMPUNG KOLAM, 16400 MELOR, KOTA BHARU, KELANTAN DN.
Dilihat dari sudut persempadanan pilihan raya, Kampung Kolam berada dalam atau dibawah Dewan Undangan Negeri Jelawat dan Parlimen Bachok.
Latar belakang pembinaan :
Madrasah ini telah diasaskan “niat pembinaan dan perlaksanakannya” pada hari Wukuf Arafah ( 9 Zulhijjah 1539 H ) , hari Selasa bersamaan tahun 21 Ogos 2018. Telah “pecah tanah” pada tapak pembinaan.
~ ATAS : Lubang seluas 8 kaki x 8 kaki. Lubang tengah untuk kapisiti dua tingkat telah digali.
Tapak cadangan MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN UTHMANI Kampung Kolam
~ATAS : Pekerja sedang mengangkat untuk pasang kubah MASJID UTHMANI.
~ ATAS : Kubah setelah dipasang.
ان شاءالله… … “Dengan kehendak dan keizinan ALLAH SWT”, saya berazam akan teruskan pembinaan MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN UTHMANI suatu hari nanti.
Kini, dana sedang dikumpulkan. Bagi hamba ALLAH yang ingin mengINFAQ bolehlah menyalurkan DANA untuk pembinaan asrama pelajar keakaun MASJID UTHMANI yang tertera :