MUKTAMAR TAHUNAN PAS kali 67 ~ ISLAM MENYATUKAN UMMAH ~ Kuala Terengganu

1 RABI’UL AKHIR 1443 ~ SABTU ~ 6 NOVEMBER 2021.

MUKTAMAR PAS kali 67 bertema ISLAM MENYATUKAN UMMAH.

Sebuah tema yang keBENARan dan keTEPATannya boleh dilihat dari pelbagai sudut sebagaimana benarnya ISLAM itu sendiri.

Jika dikatakan, “benar”, sememangnya “benar”. Sejarah lalu membuktikan “KEBENARAN” bahawa penerimaan manusia jahiliah terhadap ISLAM lalu terbentuk dan terbina peradaban dunia ini kepada keamanan, kedamaian dan PerPADUan.

Dalam erti dan makna manusia yang menerima seruan ISLAM, menTAUHIDkan ALLAH, mengakui keESAan ALLAH yang beriman dan YAKIN dengan لا اله الا الله محمد رسول الله mereka mengamankan diri dan manusia seluruhnya.

Jika dikatakan, kini, dunia yang porak peranda dengan kemelut jahiliah moden, “benar”, ISLAM tetap menentang sebarang bentuk provokasi yang menyusahkan ummah serta ISLAM menentang sebarang bentuk ISME ciptaan manusia yang memesongkan manusia itu sendiri dari agam ISLAM.

Jika dikatakan, “akan datang”, “benar”, dimana golongan yang cintakan ISLAM tetap menyeru ummah supaya memilih dan memahami ISLAM yang mengajak kepada kedamaian dan kesejahteraan.

ISLAM, dimana saja, tidak pernah menyeru apatah menganjurkan umatnya kepada keganasan dan perpecahan serta kekacauan yang mengganggu ummah dan umatnya untuk mengabdikan diri kepada ALLAH SWT.

Makna ISLAM itu “tunduk” dan “patuh”, “berserah diri” kepada ALLAH SWT. Ajaran kepatuhan dan ketundukan kepada ALLAH SWT itulah RAHMAT dari ALLAH SWT.

Sesiapa yang menerima لا اله الا الله محمد رسول الله dan beriman dengan kefahaman sahih akan keIMANan yang syumul dan kaffah akan mengangkat martabat ummah kepada umat yang terbaik.

Tiada masa untuk kita mencari sebab dan menganjur serta mempertahankan PERPECAHAN dengan penuh ego, angkuh dan sombong.

Musuh ISLAM sentiasa bekerja untuk menghalang kebangkitan ISLAM. Mereka bekerja secara proksi dengan penuh licik. Selamanya mereka tidak redha kepada ISLAM.

PAS dengan jelas, sejak 1951 menetapkan ISLAM sebagai dasarnya. Bagi menyempurnakan keTAQWAan, rujukan dan pegangan tertinggi pentadbiran dan perjalanan PAS ialah al-Qur’an dan al-Hadith RasuluLLAH SAW, Ijmak Ulamak dan Qias.

MAJLIS SYURA ULAMAK adalah badan cendikiawan MUSLIM dalam organisasi PAS yang bertindak sebagai badan tertinggi yang mengawal perjalanan PAS dalam gerakan dakwah dan politik HARAKAT-ul-UMMAH ini.

Dasar itulah menjadi dasar pegangan aqidah dan tauhid serta perjalanan PAS. Saya, sejak 1985 memilih dan memberi kepercayaan kepada KEPIMPINAN ULAMAK PAS.

Kerana ISLAM yang menjadi dasar PAS, maka PAS bergerak dengan penuh keYAKINan walaupun PAS sering berdepan dengan berbagai halangan. Sirah perjalanan RasuluLLAH SAW yang meniadi dasar itulah sebagai petunjuk dan panduan serta penetap semangat JIHAD PAS.

PAS sentiasa menyeru semua pihak supaya supaya BERSATU PADU bersama PERPADUAN ISLAM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *