TAK BOLEH SEDAP HATI

29 RABI-‘UL-AWWAL 1443 ~ JUMAAT ~ 5 NOVEMBER 2021.

Dengan penuh sedar dan insaf, bahawa pada hakikatnya kita tiada apa daya dan kekuatan. malah tiada apa pun.

Semuanya yang ada adalah bersifat pinjaman. Dipinjamkan sementara untuk diuji kikhlasan, kebolehan dan kematangan berhamba mengendalikan apa yang dikatakan ada pada kita.

Maka “jangan sedap hati”, “tak boleh sedap hati” ikut selera diri semata. Ada panduan dan cara khas menggunakan setiap yang diberi dipinjam itu. Ikut patuh cara itu, sebagai cara hidup pinjaman ini maka selamat. ان شاءالله

Itu perangai dan kelakuan hati orang yang lupa diri antaranya ialah rasa sedap sangat hingga membawa lupa diri.

ATAS :~ FBS 4.9 pada jam 7:49 pagi Jumaat 4/11/2021.

Pagi ini, roti Canadian bakar dan minyak zaitun. paling banyak pun empat keping.

Ketika muda sedap hati, makan tak kira apa yang ada semuanya berselera. Kerana, “sedap hati”, jaga dan rajai hati senditi. Kesannya bila tua jadi selalu tak sedap hati.

Nasi penuh pinggan !!. Bila tua berpenyakit, disyorkan terbaik hanya secawan. Jika ikut pengesyoran “selamat” ان شاءالله.

Vodooooo klasik asli. Masa muda tak sebut langsung bahasa tak sedap hati, “masin, budu masin” “bahaya, naik BP”.

Nasi dengan budu asli Kelantan dah tak boleh makan lagi. Terhad sangat kerana budu lebih garam. Nasi lebih karbohiderat.

Semua boleh makan tapi dengan jumlah sikit saja !!

Ubi kayu rebus pun dah tak boleh. Katanya “tak boleh bagi orang yang selalu makan ubat”. Yang tentunya karbohiderat kuat !!

ATAS : Seorang costumer merungut dalam akaun FB beliau. Harga Yahudi katanya. 2 ekor ikan siakap kena bayar RM 1000 K……

Itu cerita sedap orang lain. Hebat orang berniaga, “sedap hati sembelih” orang.

Kes kebanyakannya menurun. Semuga terus turun. Ikhtiar berserius SOP adalah kesepatutan yang terbaik diamalkan.

Dalam khemah ini, salah seorangnya AF JunduLLAH.Semuga semua menjadi “al-Hafidz” wahai anak-anakku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *