TANDA TANYA

~ 26 RABI’-UL-AWWAL 1443 H ~ SELASA ~ 2 NOVEMBER 2021 M~

Tidak siapa yang tahu perkara sebenar pada sesuatu kejadian . Tiada siapa berupaya mengetahuinya. Siapa yang tahu perkara ghaib ? Jawabnya “Tiada siapa pun yang tahu perkara ghaib”. Ini pegangan kita ahli sunnah wal jamaah. Ini ajaran ISLAM.


Ada hari yang berlaku dan ada perkara yang berlaku depan mata tetapi tidak tahu kenapa berlaku ? sebab apa ? dari mana punca ? persoalan pelik dan ajaib !

Dalam perhubungan sesama kita, sering terjadi sesuatu yang membawa masalah sesama kita sendiri. Kita tidak tahu dalam hati seseorang. Manakala, orang lain pun tidak tahu apa dalam hati kita.

Tiba-tiba didapati ada antara kenalan kita yang berlagak seperti tidak ada hubungan selama ini. Watak bertukar jadi serius, tidak pandai memaniskan wajah ketika bertemu dan tidak ada kunjung mengunjung lagi. Keadaan seharian lebih suka terperap dirumah bersama anak isteri. Keluar dari rumah hanya untuk urusan resmi dipejabat. Kemasjid dan surau pun tiada !!!

Tanda tanya seperti ini banyak berlaku !!

Malam tadi AFJunduLLAH deman sikit, 37.1 hingga pagi ini. Kalah kepada jarum VAKSIN. Cuti pagi ini di NAJMI Inn Hotel, Bandar Permaisuri.

RBS 16.7 pada jam 12:19. tghari. Selepas 3 jam breakfast. Makan nasi lebih ada masalahnya kemudian.

RBS 15.2 pada jam 2:26 petang. Dari 16.7 pada jam 12:19 tghari tadi turun ke 15.2.

Tidur 2 jam , tidak ada sebarang penggunaan tenaga, turun ke 15.2. Boleh jadi kerana cucuk insulin lebih tadi ( 14 unit ) kerana saya lihat RBS tinggi 16.7 jam 12:19.

Pembelian buku ini adalah helah alternatif supaya tidak berlebihan kepada YOU TUBE.

Suatu yang tidak boleh di “biasa” kan. Ramai antara kita yang selalu ucap “biasa budak sekarang” lalu merujuk kepada maksud “masalah” tapi “dah tidak jadi masalah” lagi.

Larang pun tak didengari tak dipatuhi. Kata ibu bapa yang telah kalah. Lalu bebas tanpa kawalan. Ramai juga terdengar, “elok juga pandai games untuk budak cerdik dan tidak kolot sangat”. Itu nilai Jepun dan USA telah masuk kedalam hati ibu bapa. Ini juga antara maksud JANGAN MASUK KEDALAM hati.

Bila syaitan games masuk dalam hati, menguasai mazmumah dan jadi mazmumah sukar untuk keluar. Buktinya, “anak cucu tidak berjiwa al-Qur’an tidak jadi masalah sebab “sudah biasa sekarang” dan “untuk cerdik minda”. Masalah makin subur bila orang tua “penguasa” kalah !!!. Sehingga “terpaksa kalah”, tak boleh buat apa. “Terserah !!! apa boleh buat”. Kemuncak kegagalan.

Itu semua bentuk kekalahan yang membuatkan musuh dan penyakit “masuk kedalam hati” dan lambat keluar atau tak mudah keluar. Bahaya tu !!!.

Kelemahan dan kekalahan yang dibiarkan. Yang paling bahaya berbangga dan menggalakkan sehingga membekalkan telepon pintar canggih games kepada anak cucu. Semuga kita dirahmati ALLAH dijauhi dari tertipu.

Kita mesti bersedia dan bersenjata ILMU dan IMAN untuk melawan gejala ini. Tanpa ILMU dan IMAN, boleh kalah yang sukar diubati dan boleh menjadi sebab keSEBATIan sehingga turut menjadi budaya baru seperti di Tokyo dan di Las Vegas.

Masalahnya, merosakkan IMAN dan bangsa !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *