

25 RABI-‘UL – AWWAL 1443 ~ ISNIN ~ 1 NOVEMBER 2021
PemVAKSINan adalah satu jalan atau kaedah ikhtiar UTAMA kini yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk menyelamatkan diri penduduk atau rakyat jelata dari terjebak, terkena kemerbahayaan virus COVID-19.
Kini pemVAKSINan dijadikan satu SARANAN dan PROGRAM UTAMA kerajaan keseluruh negara.
Ini yang saya fahami dan saya akur dengan keputusan pihak pemerintah. Saya pandang positif jalan ikhtiar ini.
Sangkaan baik yang paling tinggi ialah kerana pihak pemerintah telah merujuk dan beramal dengan mengkaji dari sudut dasar agama kita al-ISLAM.
Tidak dinafikan bahawa, setiap perkara baru, apatah sesuatu yang baru dari sudut pemikiran mahupun pendekatan serta teknikalnya pasti ada pro kontranya, setuju dan tak setuju. Namun ianya ada kesan tersendiri.

ATAS : RBS 13.5 jam 2 pagi di Sungai Tarom. Sehingga sekarang sukar untuk turunkan RBS pada waktu malam ( pagi ) kebawah dari 10. Mudah saja jawapannya, sebab makan lewat semalam iaitu jam 8:30 malam dan makan agak terlebih.

FBS 7.0 jam 7:28 pagi dibilik Hotel AARONIE Setiu.

Semalam disini, bayaran harga bilik RM 130. Dalam urusan menunaikan tanggungjawab untuk pemVAKSINan anak AFJunduLLAH bagi dos 2.

Keberadaannya di SUNGAI TAROM dijalan utama antara Bandar Permaisuri dan Pekan Sungai Tong. Strategik !!


BAWAH : Nombor 50 ditemani ibu untuk vaksin







Buku komik, kartoon menjadi pilihan kanak-kanak. Petang ini, dua komik dibeli. AF JunduLLAH “bercuti” selepas cucuk VAKSIN 2.
