KEBENDAAN MENGUASAI

15 RABI-‘UL AWWAL ~ JUMAAT ~ 22 OKTOBER 2021

~( Surah al-A’laa ayat 16 – 17 )~

Paling ditakuti. Tapi ia tidak disedari ramai. Dikuasai oleh keBENDAan sehingga kemuncaknya kebendaan mengalahkan keBENARan.

Kenapa terjadi demikian ? Kerana kita juga adalah termasuk dalam golongan “benda” iaitu “kejadian”. Kita secara semulajadi, dilahirkan dalam “kejadian kebendaan”.

Sebab itu sewaktu selepas dilahirkan kita disunat sambut dengan seruan kerohanian iaitu azan dan iqamah.

Kebendaan mudah dan dapat dilihat, dirasa dan dikecapi segera sesuai dengan selera. Kebendaan keduniaan serasi dengan nafsu didunia ini.

Kita tidak boleh menolak unsur kebendaan pada diri kita. Tapi kita diminta mengenali kebendaan sebagai wasilah untuk mengenali pencipta Yang Maha Mencipta kejadian kebendaan iaitu ALLAH SWT.

Hikmah kita difardhukan mengenali ALLAH SWT ialah kerana kehidupan PERJALANAN MENUJU RABBINA yang akan kita lalui dan tempuhi pasti dikelilingi sesuatu yang kita tidak boleh lari darinya.

Kebendaan dan kelebihan serta konsep kebendaan yang negatif hanya boleh dibatasi dan dilawan dengan kenal ALLAH SWT atas asas kerohanian. Ilmu dan keIMANan yang bijak menangani antara keperluan dan kemegahan.

Kenderaan dan rumah yang cantik bukannya matlamat tetapi ia teramat diperlukan untuk melicinkan perjalanan bagi menjalankan kerja keAGAMAan, al-ISLAM

Dengan pegangan aqidah dan tauhid saja kita boleh melakukan keseimbangan antara unsur kebendaan yang mengancam dan unsur kerohanian yang menaikkan martabat dan mendekatkan diri hamba kepada ALLAH SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *