

~12 RABI-‘UL-AWWAL 1443 ~ SELASA ~ 19 OKTOBER 2021 ~

“Jangan dukacita”, ketika tertentu ia tidak dirasakan suatu saranan dan galakan serta seruan ILAHI kerana perasaan ini berada kukuh dalam diri kita.
Kadang-kadang kita merasakan “aku adalah aku” Aku yang bebas bertindak sendiri. Terhijab bahawa aku itu hakikatnya adalah milik Yang Maha Memiliki iaitu ALLAH SWT.
Sebenarnya itu suatu kelalaian yang merosakkan kita dengan diri kita sendiri, dengan sesama manusia dan terutama dengan ALLAH.

Bererti kita kena kenal secara keseluruhan siapa kita ini.

Hidupkan jiwa kenal akan ALLAH SWT. Buktikan bahawa kita kenal diri sendiri dan “jiwa kenal” ini boleh melakukan yang terbaik sebagaimana perintah ILAHI.

Setiap sesuatu yang kita miliki adalah milik ALLAH SWT. Apa yang ada pada kita, hati dan perasaan, jiwa dan roh ini adalah anugerah tertinggi dari ALLAH SWT untuk digunakan sebagai alat untuk mengabdikan diri kepada ALLAH SWT.

Dua beradik perempuan yang hanya inilah kakak saya. Ada seorang lagi kakak.

Kena teguh berSOP. Terbaik. Jaga diri sebab takut susah diri dan anak cucu.
