

Dalam dunia politik selalu berlaku keajaiban yang tak terduga. Dulu, kini dan akan datang. Itulah keistimewaan dalam politik.
Pencipta dan pelaku keajaiban itu ialah manusia penghuni dunia, ahli politik. Apatah jika politik yang tiada asas dan kebergantungan kepada akhirat.
Pergolakan di Negeri Melaka dalam kumpulan UMNO adalah diantaranya.
Dalam keadaan yang sentiasa tegang dengan muslihat kepentingan kumpulan, tentu sukar untuk membina kebaikan. Mempertahankan kumpulan mereka walau menjatuhkan kumpulan lain adalah amalan biasa bagi orang politik.
Siapa pun tidak boleh menafikan bahawa setiap kumpulan ada matlamat tertinggi mereka. Namun dalam mencapai matlamat itu, ketenangan dan keselamatan rakyat mesti jadi keutamaan.
Suhu politik tidak reda dan sejuk walaupun telah bertukar PM. Hajat pihak tertentu telah tercapai. Masalah dalaman terus menguasai !
Kekuatan sistem syura tidak dapat dimanfaatkan. Ia adalah dari ajaran ISLAM. Sistem syura adalah antara pengukuh kepada masyarakat ISLAM. Untuk beramal dengan ISLAM memerlukan keyakinan yang tinggi, iaitu IMAN berhala tuju akhirat.
Sayang, umat ini telah dikuasai diberkas diikat kuat dengan kekuatan sehingga tidak boleh bertemu mata berbincang secara adik beradik !. Padahal sematlamat ! “AKHIRAT“



ATAS : FBS :6.1. pada jam 7:11 pagi.

ATAS : RBS : 14.6. Jam 2:22 petang.

ATAS : RBS 8.2. jam 7:7 petang. Cucuk insulin 12 unit. Makan roti sapu choklat 4 keping. Tengok jam 10 nanti. Masalahnya malam nanti biasanya perut berkeroncong. Malam semalam jam 2 pagi berkeroncong lalu makan buah khurma sebiji. Pagi tadi FBS 8.5. Gitulah…

RBS 14.8 pada jam 21:34 / 9:34 malam. Cucuk insulin 24 unit.
