Subuh yang hening dan ceria serta tenang. Suasana tidak lagi berdepan dengan keaktifan hamba ALLAH lagi pada waktu ini.
Disisi RasuluLLAH SAW, sejak waktu subuh lagi kita MUSLIMIN kena sibuk beraktif diri kemasjid dan dimasjid. Berebut saf walau merangkak subuh kemasjid ! Semacam sesibuk waktu solat Jumaat !.
Jika waktu subuh keadaan umat ini beraktif seperti waktu solat Jumaat, itulah kebangkitan dan pertolongan ALLAH kepada umat yang terbaik !!. Umat yang boleh mencipta kebaikan !!
Namun kini, usahkan solat subuh, solat waktu Jumaat pun sepi. الحمدلله sudah boleh tambah kepada 40 orang sejak Jumaat tiga minggu yang lalu di Kelantan. Semua ini kerana kita sedang berhadapan dengan ujian kini, COVID-19.
Tidak terkilan sangat tentang kehadhiran solat Jumaat sebab pemerintahan menghadkan jumlah atas maslahah keselamatan. Itu hak pemerintah yang kita tidak boleh masuk campur, kena taat !!
Yang menyedihkan, grup yang mengutuk “tutup masjid” dan “sekat solat Jumaat” yang pandai bicara bercakap banyak pun tak kunjung juga masjid.
Yang hadhir ke masjid adalah wajah sama dan wajah lama yang “expired”. Orang muda, mereka menanti tua !! Semuga HIDAYAH masuk singgah menetap kedalam jiwa kita semua. “Aamiin ya RABB”.
ATAS menjadi saksi, jam 6:33 keluar dari masjid dipagi Jumaat ini.
سبحان الله…. Kisah saya di pagi Jumaat al-mubarak ini. سبحان الله. Di kedai runcit Kak Mah dalam pasar Ketereh.
Saya beli sekilo bawang merah dan disebelah saya ada seorang Kak We . [ Di Kelantan, kepada seorang yang tak dikenali dipanggil Kak We. Andai orang tua ditambah dengan Kak We Aji, pun lagi baik walaupun dia seorang hajjah ]
“Bawe besar setengah kilo”, minta Kak We kepada Kak Mah. Bawe besar ialah bawang Holland. Orang Kelantan panggil “bawe ‘bawang’ besar”.
Saya keluarkan RM 10 untuk bayar bawang merah saya. Muncul ilham, “bayar juga bawe besar Kak We”. “Kak Mah, bayar sekali dengan bawe Kak We ni. Kak Mah buat sekilo lah ko Kak We Aji, berapa sekilo ?”. “4 rial campur 4.50 sen jadi 9.50 sen, cucur samah” [ RM 4 campur RM 4.50 sen, baki 50 sen ], Kak Mah menghitung.
Kak We ucap “terima kasih Awe” Awe adalah panggilan dari orang tua kepada orang muda di Kelantan.
Selesai dalam kedai Kak Mah. Syukur dapat berkebajikan kepada seorang tua dipagi Jumaat.
Saya meninggalkan Kedai Kak Mah lalu masuk ke premier FARMASI KETEREH yan bersetentangan dihadapan premis Kak Mah.
Di FARMASI KETEREH saya nak beli ubat gastrik, PANTAPRAZOLE. Ringkasnya, dalam farmasi, tiba2 ada seorang Hajjah mencelah, “ada gastrik ? emak saya tahan gastrik dengan ………..”, katanya. ( Saya tak ingat sebutan dia, apa nama produk yang disebut )
Saya tak kenal produk yang disebut pertama kali ni. Katanya, campur dengan madu dan vinegar epal . ‘Mak saya boleh puasa elok” kata Hajjah.
Kata boss FARMASI KETEREH, “ada tapi dicampur dengan orange fiber dan collagen”, lalu diambil dari dalam almari simpanan.
Ringkasnya, Hajjah yang baru dikenali ini kata kepada saya, “ambillah saya bayar”. “Nak bayar untuk saya ?”, tanya campur terkejut samacam nak terduduk saya. Harga RM 36.
Dengan apa yang berlaku, saya teringat kepada janji ALLAH sebagai mana yang dimaklumkan oleh RasuluLLAH SAW. Tak perlu disebut, kerana mungkin telah diketahui umum.
Saya bagi kad saya kepada beliau dan ucap terima kasih. Nak kata apa lagi ? Saya mesti bagitahu, “Saya nak bina madrasah tahfiz, fasa pertama masjid dah siap”. Dia tanya, “ada nombor akaun ?” “Ada, nombor akaun di RHB
Dalam hati, “janji ALLAH telah berlaku”. Saya hanya mampu ucap “terima kasih” kerana baik hatinya berKEBAJIKAN dihari Jumaat.
FBS 6.2 pada jam 8:25 pagi.
Hari ini tak solat Jumaat. Tak sampai giliran lagi. Minggu depan ان شاءالله giliran saya pula.
BAWAH : RBS 17.0 jam 3:11 petang.
BAWAH : RBS 9.2 jam 8 malam
Malam ini terasa nak belek baca PAKSI sikit. PAKSI apa ni. Jika berPAKSIkan kebenaran, selamat.
Saya berlatar SASTERA. Teringat lagi novel PULANGLAH PERANTAU yang menjadi teks sastera SPM tingkatan lima dulu. Juga terkenang BADAI SEMALAM dengan Zaki dan Mazni di Tanjung Puteri hasil karya Khatijah Hashim m
Andainya PAKSI berolahan sains mungkin baca tiga helai. Jika novel “i love you” …”you love me” … tentu tak habis. PAKSI ini karya ISMI FA ISMAIL.