الحمدلله…..LATAR nikmat hidup anugerah ILAHI 1975 hingga 1979 di Sekolah Menengah PUTERA, Kompleks Sekolah-sekolah, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu.
Pengajian menengah disebuah sekolah yang terdiri dari semua pelajar lelaki. Saya disini dari Tingkatkan 1 hingga Tingkatkan 5. Masuk Tingkatan 1 Perdagangan dan Tingkatan 4 dalam aliran Sastera.
Masa ini, pelajar yang tamat Tingkatkan 3 boleh kekal di PUTERA jika masuk aliran Sastera dan masuk di Sekolah Menengah Ismail Putera [ SMIP ] jika terpilih kealiran Sains.
Gambar bawah : Bersama Sayyid Mohammad Rudy Salleh sahabat PUTERA DIHATI KU. Berpisah 1979 dan bertemu pada tahun lepas 2020.
Gambar bawah : Bersama Sayyid Miey, sahabat PUTERA DIHATI KU semasa ziarah beliau. Bergambar ditepi masjid dibawah jagaan beliau pada awal 2021 lalu.
Sahabat PUTERA DIHATIKU. Dalam masa 42 tahun lebih ada yang tak pernah jumpa. Ada yang kenal rupa tapi lupa nama. Ada yang kenal dan ingat nama tapi lupa rupa.

ATAS : Sahabat PUTERA DIHATIKU bersama yang mulia dikasihi Cikgu Haji Hanafi dan Cikgu Haji Rakiman.