KeBAIKan adalah suatu anugerah yang tiada akhirnya. Terus sambung menyambung. Kemuncak kebaikan ialah hamba dapat berpegang teguh dengan keBENARan dan berAMAL dengannya beserta berKORBAN demi kebaikan kebenaran.
Beramal dengan maksud mengekalkan kebaikan dan keBENARan dalam diri dan memperjuangkan kebaikan dan kebenaran itu tersebar.
Penyebaran kebenaran terus diperkasakan dan menguasai walaupun fitrahnya serentak berhadapan dengan mehnah atau tribulasi yang muncul secara sebagai pertembungan sepanjang zaman.
Menyebar dan mempertahankan kebaikan kebenaran adalah suatu JIHAD. Jihad itu adalah kebenaran dan bukti keyakinan keperibadian kepada ILAHI.
Pejuang kebenaran terus mara mantap teguh dengan penuh keyakinan. Pejuang tidak mencipta reka kebaikan kerana kebaikan itu dari ALLAH SWT.
Pejuang tidak mencipta nilai tapi beramal, beraktiviti mencipta perlaksanakan dari keunggulan kebenaran yang merupakan suatu kebaikan disisi ALLAH SWT.
Sesungguhnya, kebenaran itu dari ALLAH. Maka janganlah kita…kamu…anda termasuk dalam golongan yang ragu kepada keBENARan.
RBS 2.9 pada jam 1:31 pagi, HYpo !!. Selesai dengan air milo sejuk sekotak, cream creaker 3 keping dan khurma 3 biji.سبحان الله أ.
Pagi esok FBS berapa ?. Semuga usia masih kekal.
Sambil HYpo, tenang menyiapkan posting ini jam 1:53 pagi.
Sambung tidur. ان شاءالله …bangun awal …. امين يارب
_________________
Bawah : FBS 6.2 pada jam 7:14 pagi ini ( Sabtu – 25/9/21). Naik dari RBS 2.9 jam 1:31 pagi tadi ke FBS 6.2 pagi ini 7:14. Hebat milo, khurma dan biskut….Nasib baik gomo ( makan ) sikit !! Tahu ? ketika HYpo biasanya jadi “perangai pelahap ( gelojoh ) sebab makan dalam keadaan cemas ; berpeluh, berpinar mata serta ketiadaan tenaga. Jadi, hati kena tenang kawal minda, …kawal diri !!
________________
________________
RBS 4.5 pada jam 7:57 malam. Dari jam 3:36 tadi hanya makan khurma 4 biji saja. Tengok RBS 4.5 !!!
Jalan baru dari Jalan Pasir Puteh – Jerus ke Kok Lanas