الححدلله… Nikmat tentunya dari ALLAH SWT. Tiada siapa pun yang dapat mengadakan dan menganugerahi serta mengelokkan penganugerahan dengan berhikmah sempurna selain ALLAH SWT.
Beli lauk, bungkus di Wakaf Che Yeh. Nasi masak dirumah. Lebih selesa lebih selamat. Jimat dan mesra dengan pengusaha dan mesra penyakit.
Kalau dibenar makan kedai musim ini bimbang “mesra penyakit” COVID-19 pulak !!. Boleh jadi, salah satu sebab kepada penyebaran virus bahaya COVID-19 ini dipremis sedemikian.
Lagi pun, jika dinilai dari sudut pendekatan penjagaan kesopanan, adalah lebih sopan dan mesra makan ditempat “tertutup”, “mesra keluarga” dikediaman sendiri.
Lainlah jika benar perlu, terutama bagi hamba ALLAH yang musafir yang memerlukan penjagaan masa.
Jika makan dikedai telah jadi budaya kita orang Muslim khususnya orang Melayu, ia patut ditinggalkan. Banyak negatif dari positif. Ini masanya !!.

Jam 6:45 pagi tadi, FBS 4.7. Breakfast dengan minum air chocolate dan biskut cream creaker 4 keping.
Kemudian tak makan apa pun, RBS 5.3 pada jam 3:27 petang. Inilah makanan mesra penyakit. الحمدلله syukur dengan nikmat ini. Selepas tahu 5.3 kenakan nasi 2 cawan. Addooi….
Gambar atas dan bawah ini adalah dari saf paling belakang Masjid Jamek. Tak ramai dan tidak dibenar melebihi 40 orang. SOP !!

Sentiasa kita mengharapkan rahmat ILAHI. Tiada siapa yang mampu merubah keadaan ini menjadi lebih baik.