الحمدلله…. setelah lama tidak solat Jumaat. Hari ini, boleh solat dengan jumlah 40 orang makmun. Sebelum ini hanya dibenarkan 4 orang ; Imam, Imam Muda, Bilal dan Tok Siak.
الحمدلله..kes di Kelantan turun mendadak hari ini. Kelazimannya angka kes 1400+, kini turun kepada 800+. Semuga terus berubah turun dan pulih… ان شاءالله
الحمدلله… Selepas solat asar. Kali pertama jumpa dengan abe Ya, ( anak 2 pupu ) yang baru sihat dari sakit. Semuga abe Ya tambah sihat dan sihat. ان شاءالله
الحمدلله… Ahmad Fathan JunduLLAH telah menyelesaikan penghafazan juzu’ 27. Bererti telah hafaz juzu’ 30, 29, 28 dan 27. Dan akan mula hafazan juzu’ 26 selepas “mengulang”
ان شاءالله. Semuga jadi seorang “al-hafidz”