ATAS : Gambar bangunan “rumah” yang berada dekat “MAKTABAH MEKKAH” dihadapan Bab-u-Ssalam Masjid Haram. Tinggal gambar kenangan kerana bangunan ini telah diroboh berikutan perluasan pembangunan Masjid Haram terkini.
Saya pernah tinggal dibangunan ini pada 2004 bersama sahabat saya almarhum saudara Mohammad Latfi Abu Bakar selama sebulan Ramadhan ketika mengerjakan umrah.
Seronok tinggal disini, harga sewa murah dan lokasi dekat dengan Masjid Haram serta berdekatan paip punca air zam-zam diluar Masjid Haram.
Ramai tidak tahu, ada diantara “premis” bangunan ini milik orang Kelantan dari Pasir Pekan, Kota Bharu.
Dihadapan bangunan ini ada tandas awam besar dihadapan Bab-u-Ssalam.
Gambar atas. Al-Fadhil Yang Berhormat Senator Ustaz Idris Ahmad, Menteri Agama yang juga Naib Presiden PAS berkhutbah di Masjid Sultan Mizan “Masjid Besi” Putra Jaya. Khutbah pertama sejak memegang jawatan Menteri Agama dalam kabinet Yang Berhormat Datuk Ismail Sabri Yaakob.