HANYA JAGA DIRI

 

 

ATAS : 7:16 pagi ini FBS 5.6. Suatu angka yang baik. Harapan, dapat jaga diri sehingga kekal angka ini ( FBS antara 5 – 6 ) setiap pagi. Malam tadi diketika hendak tidur RBS 12. Tubuh dihidangkan dengan insulin “hijau petronas” 12 unit. Terus tidur. Tak sedar diri sehinggalah azan subuh. Tak tersedar jam 4:30 pagi untuk bersahur. Gagal berpuasa. Terjaga juga, tapi terlalu awal jam 2 pagi. Satu hal, ketika tidur tadi, terasa menyucuk didada. Ini gejala gastrik ke jantung ?. “Ya ILAHI ya RABBI’

RBS 7.6 pada jam 5:49 petang. Tengahari tadi tak injet insulin dan tak makan sikit pun. Cuma minum air mineral saja.

Pagi ini saya kali pertama pegang cangkul selepas cukup tempoh 2 minggu selepas ambil VAKSIN dos 2 pada 16 Ogos lalu.

Walau nak jaga diri, dengan hanya berada atas rumah tanpa terkena suluhan  matahari dan peluh pun tak keluar serta urat pun tak bergerak jadi letih juga. Kena keluarkan peluh dengan kerja sederhana bersih kawasan belakang rumah serta membakar sampah. ان شاءالله خير

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *