AFGHANISTAN MILIK UMAT ISLAM

Kita, umat ISLAM ada harta di AFGHANISTAN. Bumi Afghanistan adalah bumi umat ISLAM. Bumi kita atas nama seMUSLIM seMUKMIN…sama2 seISLAM sama2 berIMAN.

Apa musibah dan kegembiraan sepatut dirasai bersama.

20 tahun rakyat AFGHANISTAN berada dalam kegusaran dan kedukacitaan. Ringkasnya, Amerika Syarikat menguasai Afghanistan.

Saya pernah bersahabat dan bergaul dengan orang Afghanistan. Persamaan dengan mereka kerana ada hukum hakam agama yang mengawal perhubungan kita.

Dari segi watak dan keperibadian, mereka adalah bangsa yang “keras tegas jelas nyata mempertahankan prinsip pegangan mereka tanpa kompromi”.

Berperwatakan kasar dengan maksud tidak pandai berseni mengambil hati dalam perhubungan. Berterus terang !!

Berani !, sanggup berdepan menghadapi apa saja kemungkinan bila marah dan jelas kemarahan.

Yang positif pun banyak. Mengistimewakan tetamu adalah keunggulan orang Afghanistan. Contoh, dirumah mereka ada “bilik khas tetamu”.

Bandar Kabul pernah sebegini. Ini jalan lapangan terbang Kabul suatu nasa dulu.

Senjata ditangan suatu perkara biasa terutama selepas perang lawan Rusia. Masa perang jangan cerita !!

Mereka adalah orang miskin. Permulaan kemiskinan yang disebabkan oleh faktor kerakusan pemerintah Afghanistan yang “belot” meninggalkan ajaran ISLAM lalu mengambil dan bersekongkol dengan pihak yang tidak bertuhan, negara komunis Rusia. Kemudian negara sentiasa bergolak, peperangan demi peperangan.

Mereka adalah hamba yang taat dalam mengerjakan solat. Tiada tempat khas yang elok dan kondusif ; surau dan musalla kerana negara sentiasa dalam peperangan. Mereka membuat tempat simple, berbentengkan batu dan sujud atas batu ditepi jalan.

Dalam siri ziarah saya suatu masa dulu, pernah rasa pengalaman solat ditepi jalan utama.

 

Warna merah ialah negara Afghanistan dan garisan hijau menunjukkan kedudukan antara negara kita MALAYSIA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *