TAKHDIR SEBUAH KUASA

~ AHAD  ~ 15 OGOS 2021 ~ /

~ 6 MUHARRAM  1443 H ~


Sesungguhnya ALLAH SWT Yang Maha Menguasai segala sesuatu.

Kini, akan berlaku perubahan besar pada sebuah Kerajaan PAKATAN NASIONAL.  Tan Sri Mahyuddin Yasin telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Jika benar dan jika sah semburan angin politik kini. والله اعلم.

Pengumuman secara resmi akan pada dibuat hari Isnin ini, esok. Mungkin !!!

Tentu muncul berbagai telahan. Namun yang nyata tanpa telahan, kedudukan kerajaan baru akan datang dan siapa Perdana Menteri Malaysia  adalah terletak dibawah kuasa Yang Di Pertuan Agung. Terpulang kepada kebijaksanaan YDPA juga baginda Raja-raja Melayu Tanah Melayu ini.

Cuma, mengikut peruntukan undang-undang, pada peruntukan manakah yang perlu diikuti dan diguna oleh Yang Di Pertuan Agung pada menjalankan kuasa baginda. Hikmah dari peruntukan PERLEMBAGAAN MALAYSIA ان شاءالله diterima sebagai jalan penyelesaiannya.

ان شاءالله. امين يارب…..

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberi kuasa kepada baginda menggunakan kuasanya untuk menyelesaikan masalah sebegini. Telah terbukti !!

Negara perlu distabilkan sebaik mungkin. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Malaysia bermasalah seperti juga negara lain yang diuji dengan pandemik COVID-19. Cuma istimewanya Malaysia, kemelut politik sentiasa panas yang merugikan negara dan rakyat.

Sebab yang paling teruk sehingga negara berada  dalam keadaan yang tidak stabil ialah kerana  wujudnya watak kegelojohan serta kegilaan seorang individu untuk menjadi Perdana Menteri tanpa sedar diri !!

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung telah menyelesaikan masalah negara dengan melantik TSMY selaku Perdana Menteri berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohammad sehingga tertubuhnya kerajaan PN.

Kejatuhan kerajaan terdahulu PH disebabkan perletakan jawatan PM oleh Dr. Mahathir menimbulkan kedahsyatan konflik politik ketidakpuashatian seorang “Perdana Menteri menanti” iaitu DS Anwar Ibrahim.

Berikutan berlakunya keadaan  ketidakcukupan  bilangan majoriti sokongan kepada DSAI menyebabkan beliau tidak dapat naik kejawatan PM. Disinilah punca masalah. Walau secara lunas undang-undang telah dilaksanakan diselesaikan sebaik mungkin oleh YDPA.

Tokoh politik ini yang tiba-tiba menjadi Ketua Pembangkang tidak akur diam serta bersabar berkhidmat selaku seorang Ahli Parlimen mewakili partinya.

Berbagai trick politik dan tekanan kepada kerajaan PN yang telah dibentuk itu. Bersama dengan mereka yang totok chauvanis dan sekular tegar berdoktrin merbahaya !!

Keadaan menjadi lebih gawat kerana dunia dan Malaysia berdepan dengan pandemik COVID-19 yang menguji dan tercabar ini.

Kesepatutannya, dalam keadaan Kerajaan PN yang lemah atau kuat mantap sekalipun, tindakan politik dan usaha menjauhkan kerajaan tidak berlaku ketika negara diserang pandemik ini.  Tapi dalam politik, peluang adalah kesepatutan. Dan peluang itu ada masa dan ketikanya.

Ditambah pula dalam Kerajaan PN sendiri yang berlatar belakang tokoh dan parti-parti bermasalah seperti UMNO yang kalah pada PRU 14 lalu dan BERSATU yang merupakan parti serpihan yang tertubuh kerana  masalah dalaman UMNO.

Masalah yang ada antara kedua parti ini walau diamanahkan membentuk sebuah kerajaan terus membesar membusuk !.

Dikronikkan lagi, kerana terdapat tokoh pemimpin UMNO yang didakwa dengan ratusan kes yang melibatkan dana kewangan yang terlalu banyak.

Walaupun kes yang wujud dimahkamah ini hasil tindakan dakwaan kerajaan Pakatan Harapan dahulu, kerajaan PN yang menerima masalah kerana ditekan oleh “kluster mahkamah” ini dikatakan umum untuk menyelamatkan mereka dari hukuman penjara !.

Semua tokoh ini telah bermasalah kronik sebelum ini maka terus subur berpanjangan tanpa perdamaian secara persaudaraan ISLAM. Lupa dan maaf kes yang lalu !. Negara dan rakyat diutamakan. Raikan agama ISLAM didahulukan.

Dalam politik tidak sedemikian mudah. Slogan wasatiah UBN dahulu yang dicanai dan dijulang disampah sarapkan !. Hilang lesap maqasid syar’iah ditelan kekalahan PRU 14. Sedangkan maqasid syar’iah tetap releven berteraskan aqidah dan tauhid. Dimana ?

Peluang tekan, buat tekanan. Peluang menjatuh, buat usaha menjatuh. Peluang memalu, buat tindakan sehingga memalukan. Peluang untuk pecahkan, perintah dan rancang perpecahan. Inilah politik yang tidak ada resapan pengaruh ISLAM secara kukuh walaupun individu yang terlibat seluruhnya beragama ISLAM.

Sukarnya untuk mengISLAHkan diri dan parti dengan ISLAM. Apatah lagi rakyat  dan negara. Padahal  ISLAM itu telah dianuti dan telah berIMAN bahawa ia dari sistem dari ALLAH dan “agama ALLAH”.

Jawabnya, golongan berfikrah sekular ini, berISLAM dan mengISLAM gerak kerja hanya ketika terdesak saja !!. Kesian.

Ringkasnya, pentadbiran negara dan politik,  ekonomi dan  keselamatan, kesihatan dan masa depan  negara mesti diusahakan  ikhtiar  oleh sebuah pentadbiran yang kuat kukuh dimasa ujian global pandemik COVID-19 ini sebaik mungkin.

Seperti saya sebut Sabtu lewat malam semalam, saya tidak mahu DAP terlibat dengan pembentukan kerajaan baru ini. Kemahuan selaku seorang Muslim, saya yakin pendirian saya ini benar. Walau dikata ekstreem atau rasis pun itu adalah kata-kata semburan setepat dengan masa, akhir zaman.

Diakhir zaman ini, “biasa”, yang baik dipersepsi sebagai  jahat dan yang jahat serta maksiat dipersepsi baik dan popular serta disanjungi. Pelik apa !!.

Hasrat terbaik siMUSLIM mesti letak matlamat dulu dengan kukuh.

Negara ini mesti wajib dari golongan Muslimin dan Melayu yang menjadi pemerintah disetiap peringkat pembuat dasar utama negara.

Non muslim boleh dibenar bersama diruang perlaksanaan dasar dengan kerjasama setiap parti dan kelompok selaku sebuah negara demokrasi bermasyarskat majmuk.

Non Muslim mesti sedar keberadaan mereka di negara Tanah Melayu ini. Justeru Melayu juga mesti faham bahawa Melayu itu tidak boleh berlagak keCINAan dan keINDIAan dan lain-lain.

Apatah  “menukar status” menjadi khadam dan barua kepada  non muslim sehingga melupakan sistem ISLAM yang syumul dan kaffah sebagai penyelesai masalah.

Bawa berunding sesama sendiri dengan membuka dua rehal, letak al-Quran dan  al-Hadith RasuluLLAH SAW. ISLAM bukan agama statik dan jumud !. Mesti ada jalan penyelesaianya.

Tapi mesti sanggup berJIHAD berKORBAN. Tak sanggup berKORBAN ? kegagalan dengan ISLAM dan dengan ALLAH. Dengan manusia hanya depan mata didunia ini saja

Tak payah jadi ahli  politik ISLAM jika tidak mahu berKORBAN untuk ISLAM dijalan ALLAH. Mesti wajib menjaga kepentingan ISLAM bukan kepentingan diri dan parti sendiri semata !!

Hanya melaungkan ISLAM semata tapi masih terpalit dengan perangkap  jahiliah sekular !!

Jika tidak negara lambat untuk mencapai matlamat sebuah negara yang menguntungkan agama ISLAM dan rakyat Muslimin.

Kita masih berpeluang walau terasa payah. Payah dan sukar itulah perjuangan.

“Masa depan ditangan ISLAM”

والله اعلم

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *