~ 1 Muharram 1443 / 10 Ogos 2021 – SELASA. ~ الثلاثاء ~
ATAS : Keterangan dibawah.
الحمدلله
SEMUGA kita berupaya merancang sesuatu. ان شاءالله
Tiap kita mempunyai keadaan, kemampuan, persekitaran dan permasalahan yang sama mahu pun berbeza. Asalkan ada PERANCANGAN.
Juga tiap kita mempunyai keistimewaan. Keistimewaan itu kena faham secara tersirat bahawa ia sesuai dengan rancangan baik anda itu. Syaratnya ada rancangan baik. Fikir dan rancang dulu, apa kebaikannya yang diidamkan dan dicitakan. Positif ! Disamping itu yakin adanya pertolongan ALLAH. Jangan lupa ALLAH. …!! “Jangan sekali-kali”
Gagal MERANCANG maka gagallah !! نعوذ بالله من ذلك
Dari sudut PEMBANGUNAN keAGAMAan, saya berhasrat untuk membina sebuah asrama untuk pelajar TAHFIZ lelaki. Bangunan 2 tingkat yang utama sebagai asrama dan dilengkapi sebuah perpustakaan, sebuah bilik rawatan, bilik kuarantin, sebuah bilik gymnasium, sebuah dewan, sebuah bilik mesyuarat, sebuah bilik sebuah rehat, sebuah bilik komputer, 2 buah bilik tetamu dan tiga buah untuk kelas hafazan untuk 15 orang sebilik, bilik makan.
ATAS : Bangunan Pusat Pengajian Darul Kautsar, Kampung Kuchelong, Jelawat.
ATAS : Bangunan KODIM. Jerteh.
Bangunan seumpama diatas mungkin menelan kos paling sedikit RM 1 juta atau lebih.
Saya tidak pelik sebab Pengerusi KODIM YB Datuk Dr Nik Zawawi, Ahli Parlimen Pasir Puteh seorang yang berpengaruh. Tentu tidak payah beliau menyiapkan bangunan pusat pendidikan KODIM.
Saya bercadang untuk menggunakan teknik JUALAN LANTAI bangunan dibawah sistem WAKAF. RM 100 bagi satu LOT satu kaki persegi. Bererti memerlukan pembeli lot untuk WAKAF seramai 2000 orang hamba ALLAH untuk dapat dana RM 200 ribu. Jika demikian dapatlah DANA RM 200 ribu. ( Ringgit Malaysia : Dua ratus ribu ).
Bangunan yang akan akan d ialah bangunan MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN UTHMANI. [ MATIN KK ] dibawah pentadbiran MASJID UTHMANI Kampung Kolam. ان شاءالله . MASJID UTHMANI telah siap.
ATAS : Ruangan dalam…ruang solat MASJID UTHMANI Kampung Kolam.
Jika saudaraku dijalan ALLAH yang ingin menyumbang bolehlah menyalurkan DANA ke akaun atas nama MASJID UTHMANI. ان شاءالله.
ATAS : Masjid Tahfiz An-Nur, Sungai Tong, Setiu.
ATAS : Bangunan Tahfiz Banat An-Nur, Sungai Tong.
ATAS : Bangunan PURNAMA, Pejabat PAS Pengkalan Chepa.
ATAS – FBS 4.4. Jam 7:18 pagi.
Angka dibawah macamana ? Benarkah angka ini ?. Ada kemerbahayaannya tersendiri. Kena pandai jaga dan bawa diri. Terkesan kepada generasi akan datang !!
والله اعلم