MUJAHADAH DIJALAN ALLAH

 

7 Ogos 21 – 28 Zulhijjah 1442 ~ SABTU ~

Kerja utama dan menjadi tajuk paling  utama  serta gerak kerja utama atau  gerakan utama kita seharian ialah MUJAHADAH.

Mujahadah untuk  mudah faham ialah suatu usaha …. “berusaha bersungguh-sungguh melawan nafsu”.

MUJAHADAH perlu difahami dan diyakini dengan mudah  ialah adalah suatu ibadah. MUJAHADAH untuk melaksanakan IBADAT. Ibadat bersungguh lawan nafsu untuk keSEMPURNAan ibadat.

Jihad zahir dan jihad batin untuk paksakan diri menegakkan perintah wajib juga sunat dan menghalang dari terjebak dengan keharaman lalu berUSAHA semuga yang hukum harus boleh membantu untuk melaksanakan yang wajib dan sunat. Dalam masa yang sama sedikit demi sedikit melawan nafsu untuk menjauhi yang makruh.

Untuk menyenangkan kita, perlu penyenaraian apa keWAJIBan kita.

MUJAHADAH itu penat, susah dan pahit ketika berlawan tapi manis sedap tenang tenteram selepasnya. Mujahadah adalah keTAQWAan dan menuju keTAQWAan.

Ia dapat dilakukan jika faham apa itu MUJAHADAH dan matlamatnya. Ia adalah perintah ALLAH SWT bagi mencapai tujuan.

Gambar 3 atas. RBS 5.9. Jam 3:46 / 15:46 petang. Baru makan tengahari. Sudah terlewat untuk inject insulin. Jadi, makan nasi goreng sikit dan biskut cream creaker susu 3 keping. Tengok jam 7 petang berapa RBS nanti ?

Semuga ALLAH SWT menyelamatkan kita semua. ان شاءالله.  Kita berikhtiar dan berMOHON kepada ALLAH SWT.  Ini semua adalah ujian yang luar biasa yang tidak mampu kita mengawal diri dan membentengi selain dari yang telah termaklum yang telah ditetapkan oleh pihak yang berTANGGUNGJAWAB. Hanya doa kepada ALLAH SWT. Berada dalam jiwa insaf  akan keadaan hubungan kita dengan ALLAH. ALLAH SWT Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang Yang Maha Pengampun kepada sekuruh hamba NYA. Semuga hidup kita dalam iman dan berzikir لا اله الا الله. …atau sebagaimana yang anda ketahui dan fahami.

Di Terengganu, cabaran Covid-19 dan ketiadaan air beberapa kawasan tertentu.

Di hadapan Surau Ansar, Pengkalan Maras,  Batu Rakit. Kelihatan Pak Haji Sof dan Haji Abang Lan menyelia tangki besar dihadapan surau ditepi padang. Tangki untuk bantuan air kepada masyarakat sekitar. Kerosakan kabel saluran air didalam Sungai Terengganu. Kerja membaik pulih sedang dijalankan. Seminggu lagi baru siap. …ان شاءالله.

Gambar atas RBS 10.2. Jam 18:26 / 6:26 petang. Agaknya 10.2 kerana tk cucuk insulin tgh tadi. Jika cucuk ان شاءالله rendah. Lalu saya cepat2 cucuk insulin. Tunggu 30 minit mcm ?

RBS 5.9 jam 6:26 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *