KITA BERSAMA JAUHI DUKACITA

Berkaitan dengan hati kita. Dengan hati kita berhubung dengan kesemuanya. Dari Yang Maha Kuasa, iaitu ALLAH SWT RABB  kita iaitu TUHAN kita. Hati kita perlu wajib mengenali ALLAH. Jika kita tidak mengenali ALLAH SWT maka hati kita kosong. Hakikat fungsi hati adalah untuk berhubung dengan ALLAH SWT selaku pencipta kita. Dari Yang Maha Mencipta ” الخالق ” / “al-khaliq”…ialah  kita, hati kita selaku yang dicipta ” المخلوق ”   ….yang dijadikan “makhluq”. والله اعلم

Justeru, point lain pula. Kepada kehidupan kita yang berbagai dan berliku. Kita selayaknya selalu bermohon kepada ALLAH SWT dengan rupa DOA yang ditinggalkan oleh RasuluLLAH SAW kepada kita. Dalam ruang yang terbatas ini, dibawah ini disertakan doa yang patut kita selalu kita tadahkan tangan atau selalu lafazkan, bacaan yang maknanya juga cukup sesuai dengan perjalanan hidup dan hati kita, iaitu….

Selalu bermohon. Terutama setiap kali selepas solat.

Gambar  ~1~ bawah adalah gambar malam tadi pada jam 11:45 malam  ( 23:45) dengan RBS 6.8.

Sebelum tidur injet insulin 18  unit dan makan khurma 2 biji takut Hypo.

Gambar (2) bawah. FBS 4.3. Jam 7:13 pagi.

Gambar  bawah. RBS 2.3. HYpo…mata berpinar. Jam 10:27 pagi. Selesai dengan buah khurma 5 biji.

Gambar bawah.  RBS 9.7. Jam 12:40 petang.

Bangkit dari tidur tengahari sebab tidak ke masjid mengerjakan solat Jumaat.

Sudah berapa kali tidak solat Jumaat tidak dihitung.

Saya berpesan kepada “anaknda” KC. Banyak baca ;

Gambar bawah. Jam 7:09 / 19:09 minit, hampir maghrib.

Salah seorang anak saudara dalam keluarga  yang suaminya  diuji dengan COVID-19 di Kuala Lumpur. Kini dalam ICU.  Seorang jurutera. Melalui abangnya, “terkena varian delta”. Cepat serangan. Dalam masa 4 hari. Semalam masuk ward kerana “kekurangan oksigen”. Petang semalam batuk berdarah dan oksigen makin menurun. Jam 12 malam tadi “ditidurkan” kerana oksigen turun. Harap semuga pulih. ان شاءالله.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *