SENTIASA MENGHARAP

 

 

Apa rancangan kita ? Yang dekat atau yang jauh. Yang jangka pendek atau jangka panjang. Yang dzahir atau yang batin !.

Setiap kita mesti ada rancangan tertentu. Paling tidak rancangan untuk sihat selalu dan bebas dari wabak COVID-19 !. Rancangan ini tentu .. ان شاءالله. Rancangan terdekat yang berada dihadapan kita kini !!

Diriku dan saudaraku sekelian. Ada suatu perkara yang lebih dekat dengan kita, malah teramat dekat dan itulah kita. Atau itulah “aku”, diri ku. Perkara ini adalah perkara yang paling besar bagi seluruh manusia. Terutama manusia MUSLIM dan MUKMIN.

Rancangan pemerkasaan roh adalah rancangan paling utama sekali. Mahu atau tidak, kita telah dianugerahi sukatan kewajipan khusus untuk memperkasa, menyelia  dan menjaga rapi roh.

Kita tidak diberi ilmu khusus tentang roh seperti ilmu yang lain. Tidak seperti ilmu tentang zikir ; solat, puasa, haji, nikah, kahwin, jual beli dan lain-lain dalam kehidupan kita.

Ayat 85 Surah Al-Isra’ (bergaris merah diatas) “Dan mereka bertanya kepada mu ( Nabi Muhammad SAW ) tentang roh, Katakanlah, “Roh itu termasuk urusan  TUHANku (الله), dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”.

Dianugerah “sedikit” pengetahuan tentang roh. Namun kita diWAJIBkan menjaga dan memelihara roh sesempurna mungkin. Penjagaan dan pemeliharaan roh mesti, wajib setiap masa selagi hayat atau roh dikandung badan.

Penjagaan dan pemeliharaan mesti selaras dengan dasar penjagaan dan pemeliharaan induk iaitu لا اله الا الله محمد رسول الله.  Kita mesti berada dalam zikir. Zikir dengan maksud kita mesti melakukan perbuatan  yang zahir dan batin  yang benar, betul dan sahih menepati dengan لا اله الا الله محمد رسول الله.  Tidak boleh lari dan menyimpang dari dasar 2 kalimah itu.  Dasar Al-Quran dan al-Hadith,  sunnah RasuluLLAH SAW.

Itulah sukatan dasar utama kehidupan kita. Hukum wajib, sunat dan  harus ada didalamnya. Penyimpangan dari kalimah inilah yang memunculkan syirik, bid’ah, khurafat, haram dan makruh atau batil.  Kewajipan !!.

Dalam urusan penjagaan dan pemeliharaan sukatan inilah adanya pembinaan dan tarbiah. Kesemuanya dirumuskan dengan berusaha berJIHAD untuk menyempurnakan keTAQWAan kepada ALLAH SWT.

Kita mesti berTANGGUNGJAWAB secara menyeluruh. Akan dipersoalkan nanti !!!

 

صدق الله العظيم

والله اعلم

Gambar bawah ~1~ FBS 4.6. Jam 8:51 pagi.

والله اعلم

Saya ucap “terima kasih” جزاك الله خيرا كثيرا atas kesudian menggunakan kelapangan saudara melayari laman web ini.

Saya pada hakikat memerlukan sokongan dan doa saudara ku.

Saya telah menyiapkan pembinaan MASJID UTHMANI di kampung saya, Kampung Kolam. ( sebab itu saya namakan laman web ini “fikri” disambung dengan “-mu”. “MU” adalah Masjid Uthmani. Bukan awak, anta, you dll.

Kini saya sedang berusaha untuk membina  sebuah madrasah tahfiz yang diberi nama MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN UTHMANI KAMPUNG KOLAM.

Mengambil pendekatan menyiapkan masjid terlebih dahulu kerana ingin membantu ( insyaALLAH semuga dapat pahala terlebih dahulu ) sebuah sekolah DARUL ULUM AL-MUHAMMADIAH yang tiada masjid untuk keperluan pelajar dan pelajar asrama.

Sedikit masa hadapan, bila terbina MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN UTHMANI, maka pelajar dari dua institusi pendidikan itu akan memfimarau masjid …ان شاءالله.

والله اعلم

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *