Ketua Pembangkang DSAI mensifatkan PM Malaysia “derhaka” kepada SPBYDPA dan boss DAP, LKS yang “Malaysia dalam krisis perlembagaan”, muncul juga berbagai pandangan, telahan dan reaksi dari parti politik dan sebahagian individu rakyat Malaysia.
Parti politik dari pihak pembangkang nampak jelas melakukan kesempatan “menuba diair keruh” untuk tackle sokongan rakyat dan semua pihak supaya menyokong mereka. Ucapan dan kata2 supaya TSMY “letak jawatan” diulang.
Dipihak kerajaan nampaknya tenang. Parti BERSATU, PAS dan UMNO nampaknya tiada masalah dengan TSMY. Malah mereka, khususnya UMNO yang dalam bergolak dalaman sesama sendiri pun nyatakan sokongan kepada PM TSMY. PAS pun demikian.
Saya tidak mahu sebut tentang latar kenapa berlakunya desakan dan tekanan sedemikian dari Ketua Pembangkang secara detail. Ringkasnya berpunca dari ucapan YB Takiyuddin di Parlimen dan surat titah resmi SPBYDPA yang bertitah mensifatkan ucapan YB Takiyuddin yang “tergesa-gesa” dalam perkara berkaitan DHARURAT tanpa mendapat perkenan baginda terlebih dahulu.
Timbul persoalan antara hak kekuasaan SPBYDPA dan “derhaka” dari segi perlembagaan. Apakah benar berlaku krisis perlembagaan dan sifat kederhakaan ?. Itu, pakar perlembagaan yang boleh menjawab dan Malaysia ada Jabatan Peguam Negara. Cuma telahan saya, DSAI sebut “derhaka” untuk menunjukkan beliau “tunduk dan patuh taat” kepada SPBYDPA dan LKS sebut “krisis perlembagaan” kerana mahu melagakan antara institusi Di Raja dengan Kerajaan dan beliau mahu menjuarai bicara tentang Perlembagaan Malaysia kerana pemimpin DAP ramai sebagai pengamal undang-undang.
Perhatian saya kepada tindakan pihak yang berkumpul di Kuala Lumpur semalam. Dari segi bahasa, sebut demonstrasi aman pun boleh !!
Hak berhimpun mereka itu diiktiraf. Cuma tidak bijak menggunakan peruntukan itu diketika ini. Malah ketidakbijakan pemimpin Melayu menggunakan ramai anak muda Melayu membawa “jenazah yang dikapankan” dijalanan dengan jumlah yang ramai memberi kemungkinan berlaku penularan jangkitan COVID-19. Kesian !!. Soal pendirian dan dan sikap berpihak, berpolitik itu hak mereka !! Tapi cara !! Boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan peribadi yang akhirnya kepada orang awam. Anakm ini diperalatkan pihak parti politik mana, entah !!!. Bersemangat nampak !!
Kita diketika tertentu sebut dengan bahasa indah. “Hargailah FRONTLINER”. Jawapannya sebutan ini ketika belum bertembung dengan kepentingan politik ! Terbukti !!
Namun, ada kesedihan berpengajaran dari suasana ini. والله اعلم.