LALUAN BENAR

RABU ~  18 ZULHIJJAH 1442 / 28 JULAI 2021.

PEMAHAMAN atau KEFAHAMAN pada setiap orang ada persamaan dan perbezaannya. Apakah asas penyatuan pemahaman ?  dan kefahaman yang benar ?

Jika ia berada diluar  diri manusia, apakah dia sumber asas penyatuan itu  ? Dan ada juga faktor penyatuan itu berada dalam diri manusia. Apakah itu ?.

Al-Quran dan al-Hadith adalah sumber asas  penyatuan. Dalam diri manusia, aqal fikiran dan hati yang terisi dengan 2 sumber asas itu adalah menjadi sebab akan wujudnya penyatuan manusia. Kita mesti bekerja menyeru memperbetulkan hati supaya bersungguh memahami 2 sumber asas itu. Hati dan fikiran mesti diselaraskan kearah itu. Justeru,  kena ada ilmu.

Justeruk kena kuat kerja seruan atau dakwah.

Peranan siapakah ini ?

Peranan untuk menyeru ini mesti di mulakan oleh kerajaan. Mana2 kerajaan !!. Kerajaan boleh memutuskan penetapan dasar dakwah dan pembelajaran kepada rakyat.

Kerajaan mampu membina dan membentuk pemikiran rakyat. Untuk keberKESANan, ibu bapa kena diberi ilmu dan faham.

Ibu bapa kena bekerjasama. Kerajaan mana yang memBINA pemikiran untuk tingkatkan penghayatan beragama ( ISLAM ) dikalangan rakyat ?.  Kerajaan ini berdepan dengan kemelut politik !! والله اعلم

DISIPLIN yang kita lalui  semestinya benar demi untuk kebahagian dan keceriaan berpanjangan dalam perjalanan perjuangan hidup secara beragama ini. Jika tidak benar ? …pasti ada ada masalah akhirnya !!.  Ia sebahagian dari ujian yang disebabkan kita sendiri.

Gambar  – 1- bawah FBS 10.0. jam 2 pagi. Terus cucuk insulin LEVEMIR 20 unit. ان شاءالله خير

Gambar  – 2 – bawah.  FBS  4.5 jam 7 pg. Benar teori Dr di KRK, HUSM. Apa  anda saya fahami, dengan jangkaan RBS 10.0 pada waktu malam lalu disuntik LEVEMIR 20 unit sebelum tidur maka pada waktu pagi akan kita lihat FBS 4.0 atau 4.5.     Dulu pernah  saya cucuk LEVEMIR  30 unit malam dalam keadaan RBS  tinggi 16 atau 17 ketika hampir tidur.  Kedudukan FBS 4.2, bererti dibetes boleh dikawal lagi. Kawal dengan pemakanan yang benar jalannya.  Cuma dah 3 hari tidak ambil HOMEOPATHI sejak cucuk VAKSIN pada Isnin lalu ( 26/7 ).

Gambar  – 3 –  bawah RBS 11.4  pada jam 1:22 petang.

Gambar  – 4 – bawah ~ barley

Gambar  –  5  – Mee kuning … kena lawan nafsu. Ambil sikit saja…

Gambar  –  6 –  bawah. Air barley

Gambar  –  7 – RBS 7.4 jam 3:21 petang.

Gambar  – 8 – bawah. Saya nak potong kuku. Terpandang sebelah  dikiri ibu jari. Timbul dari permukaan kulit dan keputihan bulat didalam kulit. Bimbangnya !!

Tiada kemerahan. Jika merah maksudnya ada “kuman”..tapi ini tiada ! . Jika ada kuman menguasai tentu ada kemerahan. Sakit ? “tiada”…”tak dok”. Kekebasan biasalah  dikaki. Tengok malam ni !. Sebab klinik swasta KLINIK ZIAD AZAHARI Melor telah tutup !. Pagi esok baru operasi.

Gambar ibu kaki yang dimaksudkan dibawah.

Gambar  –  9 – bawah. RBS 5.9. Jam 7:53 malam.

Gambar – 10 & 11 – bawah. Nampak ada air putih kecil

BERBAGAI pandangan terhadap isu ujian terkini, pandemik COVID-19? Kesannya berbagai rasaan dari setiap insan. Yang tentu, dari sudut pegangan dan pandangan MUSLIM, kita dapat pahala sekiranya kita faham ini ujian ALLAH dan boleh bersabar dengan kesusahan ini.

Gambar –  12 – bawah. RBS 8.9 pada  jam 10:50 malam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *