SABTU ~ 14 ZULHIJJAH 1442 / 24 JULAI 2021.
Hamba yang berAQIDAH dan berTAUHID semestinya telah menjadi pegangan dasar dan penghayatan amalan peribadi bahawa “apa yang dikehendaki ALLAH SWT tetap pasti berlaku, tiada kekuatan KECUALI ( kekuatan ) itu milik ALLAH”.
Pegangan sepanjang zaman umat yang mengikatkan diri dan hati dengan ALLAH SWT. Dari pegangan inilah manusia beraksi berperanan diatas muka bumi ini. Dan pegangan inilah yang menguat mengukuhkan kehidupan hamba dalam perjalanan menuju RABBINA. Pegangan ini adalah perintah. Ia bukan dari rekaan dan rumusan ciptaan hamba. Ia adalah milik ALLAH SWT yang dianugerahi NYA. Syukur الحمدلله dengan anugerah agung ini.
Gambar -1- bawah. Jam12:13 minit. RBS 13.7. Sebelum tidur. Cucuk insulin 20 unit dan tidur.
Pada 2 bulan lebih yang lalu, kita menyambut Hari Raya Fitrah selepas berjuang melaksanakan IBADAT dalam bulan Ramadhan. Kita berjaya berpuasa sebulan penuh. Satu kejayaan.
Kini baru selesai melaksanakan ibadat QURBAN pada 10, 12, 13 dan 14 Zulhijjah.
Ramadhan dan Zulhijjah penuh dengan hikmah pengajarannya dan kekuatan serta keberkatan dan juga kemuliaannya. Siapa yang dapat maka bertuahlah insan tersebut. Suatu kekuatan untuk meneruskan penghidupan gaya atau normal berkerohanian baru. “ان شاءالله”
Semuga ALLAH Yang Maha BERKAT Menganugerahi kepada kita. “Aamiin”
Gambar -2- bawah. Sabtu.(24/7). FBS 4.1. Jam 7:06 minit pagi.
Gambar -3- bawah. Sabtu (24/7) RBS 10.5. Saya akui, benar “hukum pyramid pemakanan” yang disarankan HUSM. Makan nasi secawan dan sayur boleh membantu pesakit dibetes mengawal gula dalam darah. Saya lakukan dan saya merasai kelebihan ini. Gaya hidup normal baru bagi pesakit dibetes ialah ; tinggalkan gula putih dan ambil sedikit nasi dgn maksud kurangkan kabohiderat. ان شاءالله …terkawal !!
Gambar -4- bawah. AFMardhiyyah beraksi “cekoh” duriye.
Gambar -5- bawah.
AFSolehah beraksi “cekoh” duriye.
Gambar -6- bawah dua beradik.
“berat laaa, Ain pege tange Ain bokte berat sangat duriye tu”, kata Ain
Gambar – 7 – RBS 7.2 jam 6:01 minit. Lalu makan biskut cream creaker sekeping dan air susu
Gambar – 8 & 9 – bawah, susu yang sesuai untuk pesakit dibetes dan buah pinggang tahap 3.