Setiap hari pasti ada perbezaan walau kita berhadapan dengan keadaan yang sama ; atas rumah sama, pejabat sama, kampung sama dan negeri serta negara yang sama.
Kita juga sama-sama mempunyai hati dan perasaan. Dari hati dan perasaan inilah yang membezakan antara kita. Pemikiran kita manusia selalu berubah-ubah. Tidak statik malah dinamik.
Dari gerakan perubahan inilah yang memaksa perbezaan antara manusia sesama manusia dan disisi ALLAH SWT. Siapa yang sanggup berubah dan tunduk dengan tuntutan perubahan adalah orang yang berjaya. Berjaya sehingga akhirat.
Tidak sanggup untuk berubah maka gagal dan ketinggalan. Untuk sentiasa jadi manusia dan releven disisi manusia hendaklah ada perubahan. Untuk jadi yang terbaik disisi ALLAH SWT maka wajib berubah. Tidak releven disisi ALLAH SWT jika terus pada tahap lama tanpa peningkatan yang berangkaian dan kabel IMAN.
Kemuncaknya perubahan untuk jadi hamba ALLAH terbaik mesti melayakkan diri sebagai ahli TAUBAT…”at-taaibiin”.
Taubat itu adalah permulaan perjalanan menuju muttaqeen dalsm PERJALANAN MENUJU RABBINA.
Menjaga kesihatan adalah sebahagian dari usaha perubahan untuk jadi insan muttaqeen.
Gambar “1” bawah ….
FBS 3.8 – Jam 7:40 pagi.
Gambar “2” bawah….
hanya gambar KENANGAN…ziarah AFM di madrasah tahun lepas.
Gambar “3” bawah….
RBS 5.7 – Jam 11:10 pagi.
Jam 10 tadi, minum air rebusan halba. FBS masa tu ( gambar “1” ) 3.8. Bererti air rebusan halba pun menyebabkan “gula dalam darah” meningkat. Menimbulkan tanda tanya ?. Apakah berlaku keROSAKan atau keROSAKan teruk pada pankreas ?
Nak dengar juga sahabat Dr KC jawab. Jawab melalui wasap pun tak apa !! “in sya ALLAH”. Boleh !!
Nak belajar juga.
Sekarang, sejak guna ubat HOMEOPATHY Dr Zawawi, terasa gula dalam darah terkawal. FOKUS ….Kerjasama merawat berubat pesakit dari 2 mazhab perubatan !!
Dengan tidak nafi “pergerakan mulut dan selera” dikawal keras ..syadid !!.
Semuga ini suatu respon yang baik “in sya ALLAH”.
Gambar “4” “5”
bawah….
Ubat kencing manis yang dititik. Dr arah 10 titik. Saya titik 11 sebab RasuluLLAH SAW sebut [ maksud ] hadith “Sesungguhnya ALLAH itu witir,( ALLAH ) sukakan witir”.
Gambar “6” bawah
RBS 5.0 – Jam 2:55 petang.
Terlewat, belum inject insulin lagi. Tgh ni hanya makan biskut “cicoh” celup susu ENLENE.
Kerana RBS rendah ( 5.0 ), inject insulin hanya 10 unit, tidak seperti biasa l2 unit.
سبحان الله… Gambar yang menunjukkan kekalutan natijah pengakhiran sebuah perjalanan.
Gambar….Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Ketentuan ILAHI yang telah dimaklumkan dalam al-Quran-ul-Kareem.