DISIPLIN jadi TUMPUAN

2 ZULHIJJAH 1442
ISNIN
12 JULAI 2021

Syukur dengan segala hikmat ILAHI
Memulakan pemantauan hari ini.

Agama ISLAM kita telah mengajar umatnya dalam mengurus peraturan hidup. Jadual waktu solat wajib dan sunat, jadual puasa wajib dan sunat, jadual haji wajib dan dan sunat serta lain2 lagi. Pendek kata semua telah ditetapkan masanya.
Penetapan masa itulah disiplin dan pendisiplinan untuk umatnya. Kita telah faham. Tinggal lagi sejauh mana kepatuhan. Jawabnya, untuk patuh, selain FAHAM ialah kekuatan IMAN individu muslim.


Gambar [1] diatas…
FBS 3.9
Jam 6.58 pagi.

Lalu cepat2 makan khurma dan barley untuk elak HYpo

Gambar [ 2 ] …

Hanya makan sebiji. Sebiji khurma, secara umumnya boleh menambah gula kepada bacaan 2 .

Gambar [ 3 ]

Sejak seminggu saya mengamalkan makan dan minum air rebusan barley beserta kayu manis dan halia serta sadery.

Kata Dr Nordin Darus, ini adalah ikhtiar untuk menjaga dan menbersihkan buah pinggang. Boleh layari YOU TUBE. Cari “Dr Nordin Darus”. Terima kasih Sayyid Dr Nordin !!

Kemudian….
Gambar [ 4 ]

Gambar [5] atas…
RBS 7.7
Jam 8:44 pagi
Hasil makan sebiji khurma dan barley.

Selepas cucuk insulin 12 unit makan agak lebih. Khurma 4 biji dan nasi sesenduk serta laksa lemak….
Sejak 3 bulan tak jumpa laksa lemak.

Pagi ini saya memulakan program baru, makan 1 biji pagi CQ10 setelah berhenti seminggu.

Gambar [ 6 ]

Akhirnya, keputusannya dibawah.
Gambar [ 7 ] bawah….
RBS 16.2
Jam 1:23 tgh

Bila tengok jam 1:23 petang RBS 16.2 cucuk insulin 14 unit.

Makan barley dan air barley. Barley hari ini direbus bersama kayu manis, halia dan tambah saderi.

Di Pasar Ketereh, sebatang saleri RM 1.
Gambar [ 8 ]

Gambar [ 9 ] bawah….
RBS 12.5
Jam 5:30 petang.

Terkejut juga….
Anak berumur 6 th AFMARDHIYYAH berlari “royak” memberitahu, “abi ada ular” “ular senduk”, sampuk kakaknya AFSOLEHAH.

Saya berlari dan sempat ambil gambar ( bawah )

Gambar [ 10 ] bawah…
Ekor ular senduk…tedung


Saya sempat melihat tanda putih atas kepada. Sah, itulah ular senduk.

Inilah bahayanya jika anak2 dibenar bermain dibawah atau diluar rumah. Nasib baik tak apa. Seorang dari anak beritahu bunyi ular ini. “fooo”, AFMARDHIYYAH mengajuk bunyi.

Gambar [ 11 ] bawah…
RBS 11.1
Jam 7:43 malam

Gambar [ 12 ] bawah…
RBS 7.4
Jam 9;30 malam


Terengganu meningkat melebihi 100 kes, naik mendadak mengatasi Kelantan.

Gambar [ 13 ] bawah….
RBS 9.7
Jam 1 tgh mlm
Kena cucuk insulin 20 unit.

Gambar [ 14 ]

Minyak SACHA INCHI. Hanya ada “sho” satu sachet ni. Rasa selesa guna minyak ni. Tapi rasa bersalah tidak guna minyak zaitun. Apa pun yang diiktiraf mukjizat itu yang perlu diutamakan. استغفرالله…

Semuga saudara ku sekelian sihat, bersemangat dan berdisiplin jaga diri masing2. Serta tidak lupa hati, jaga hati dengan sangka baik yang terBAIK kepada ALLAH SWT. ا ان شاءالله perjalanan hidup tenang, tenteram dan senang hati.

Bukan tujuan untuk pamerkan dibetes tapi untuk disiplin diri saja.

Orang tengok blog ini atau tak lsyari blog ini saya tak kisah. Menjaga blog ini dijadikan minat untuk merakam perjalanan dengan disertai cuitan nasihat.

Paling tidak anak2 yang diminta baca dan teliti. Didalamnya ada pengharapan dan pengajaran serta pengalaman.

Semuga kita dapat manfaat bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *