2 ZulHIJJAH 1442
ISNIN
12 JULAI 2021
Ujian Pendemik COVID-19 adalah ujian yang berat. Apa yang beratnya ?.
Mati ? tidakkah kematian itu suatu kemestian bagi setiap yang bernyawa ?.
Apa lagi ? Kematian dengan jumlah yang ramai ? bukankah telah ramai yang telah meninggal dunia dengan berbagai cara dan keadaan.
Lagi ? susahkah bila terkena jangkitan COVID-19 ?. Adakah ini kali pertama manusia merasai susah ?
Itulah persoalan utama yang bermain dalam pemikiran kita semua. Hakikatnya kita tidak ada kuasa untuk menghalang dari berlakunya kematian. Ia adalah hak mutlak ALLAH SWT. Ia adalah diluar kemampuan kita manusia. Kita hanya berupaya melakukan sedikit ikhtiar dengan keupayaan dan kemampuan yang dianugerahi ALLAH SWT.
Mati dengan jumlah yang ramai atau sedikit itu juga hak ALLAH SWT. Yang berkaitan dengan kehendak ALLAH SWT jua.
Kita manusia, bila sesuatu yang kita hadapi dengan tiada persiapan dan pengalaman pasti kita terasa susah.
COVID-19 ini tiada ubat khusus untuk menahan dan menghalang dari merebak. COVID-19, kemerebakannya berlaku dengan kadar yang cepat. Ia kuman yang kuat. Kuat daya jangkitannya. Melalu sentuhan dan pernatasan COVID-19 boleh berjangkit antara individu.
Dengan bentuk serangan yang melibatkan sistem pernafasan yang teruk gangguannya maka ia boleh menyebabkan kematian dalam jumlah yang ramai.
Jika ada ubat yang khusus untuk melawan COVID-19 ini, saya fikir manusia tidaklah gusar, bimbang dan takut. Ini adalah pemikiran dan sikap semulajadi kita.
Kerajaan mengesyorkan supaya kita sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga yang tinggi. Langkah pengawalan ( SOP ) adalah antara langkah kerajaan menghadkan dan mengawal pergerakan manusia yakni rakyat adalah langkah yang benar. Kerajaan telah melaksanakan tugasnya.
Benteng pertama melawan COVID-19 ini apalah “benteng sikap”, “benteng gaya hidup” yang bersumber dari “benteng keFAHAMan” rakyat.
Benteng keFAHAMan rakyat menjadi benteng yang paling utama dan pertama sekali. Ia menjadikan rakyat peka dan sensitif dengan pendemik ini Bila rakyat faham dan patuh, usaha kerajaan menumpukan kerja melawan dan membenteras COVID-19 menjadi senang.
Kegagalan melakukan ikhtiar membina benteng2 ini maka jalan menuju kegagalan terbuka luas. Rakyat perlu difaham dan dicerdikkan lagi untuk pengawalan berkesan.
Kita sama2 bermohon dari ALLAH SWT semuga kita dianugerahi kekuatan untuk beramal dengan setiap perkara yang membawa kepada kebaikan kita semua. ان شاءالله