JUMAAT yang AKBAR

JUMAAT
9 Julai 2021

Bermula dari FAHAM kepada suatu PERINTAH dan ARAHAN maka berlakulah pergerakan untuk menyempurnakan perintah dan arahan itu atas dasar suatu keYAKINan bagi mengABDIkan diri kepada ALLAH SWT.

Kebanyakannya, ia bermula dari arahan dan perintah dari suatu bahasa dalam perhubungan dari ibu bapa.

Arahan dan perintah ibu bapa adalah penyambung dan penggerak kepada keFAHAMan dan keSINAMBUNGan pegangan agama berasaskan TAUHID dan AQIDAH ISLAMIAH.

Dari situlah bermulanya bahasa ibu dan bapa dalam berinteraksi dengan anak dengan mereka. Bermulanya pengAJARan dan penDIDIKan…TARBIAH “jangan”…”buatlah”… “kenapa begitu ?”… “kenapa begini”…”mesti”…”wajib”…”kita mesti”…”kita tidak boleh” dan lain2 lagi.

Bahasa itu semua ada kaitan dengan keFAHAMan dan keTAUHIDan serta keIMANan keAGAMAan ISLAM ibu bapa.

Ibu bapa memulakan pencorakan dari rumah dan dirumah. Disinilah pentingnya keFAHAMan keAGAMAan dan keIMANan ibu bapa itu sendiri.

Bahasa sedemikian keluar pertamanya dari seorang ibu. Ibu, walau anak tidak faham apa ketika baru lahir telah memulakan dengan pendengaran iaitu mendengarkan kalimah suci kalimah TAUHID لا اله الا الله dalam bentuk tersendiri atau nasyid.
Suasana ini menjadi hikmah dan kebaikan sebagai sambungan dari azan dan iqamah ketika disambut bayi waktu baru keluar dari perut ibunya.

Inilah pentingnya keSOLEHan, keTAQWAan dan keFAHAMan siibu dan sibapa terhadap agama al-ISLAM.

FBS 1 ; 7.2
Jam 6:57 pagi

FBS 2 ; 7.2
Jam 9:36 pagi. Dari lepas subuh sehingga sekarang (9:36 pagi) tidak buat apa dan tidak makan apa ( kecuali PERINDOPRIL ) maka FBS tak naik dan tak turun.

Tidak boleh FBS 5.0 kerana malam tadi ( yesterday ) selepas makan nasi terpaksa makan buah khurma 4 biji sebab takut Hypo kerana ketika jam

Tengahari ini tak cucuk insulin. Makan tgh terlalu sedikit.

Hari ini melalui jalan Melor – Ketereh. Ada keadaan baru di lebuh raya dalam pembinaan itu.

Disini, Jalan Kebun Sultan 1975 – 1979 ambo “gateh” kayuh basikal ke SEKOLAH MENENGAH PUTERA, Komplek Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab.

Berkenalan dengan anak muda berdaya maju ini.

Dari Sungai Keladi, Jalan PCB berniaga di Jalan Kebun Sultan. Masih belajar di Politek Kota Bharu, Kok Lanas.

Bila berkenalan, dapat tahu bahawa ayahandanya juga pelajar PUTERA, cuma kemudian dari ambo 3, 4 tahun.

Gambar bawah.
Sampai dirumah dekat maghrib.
RBS 7.4

Makan malam : Cooker Oat 4 sudu, khurma 5 biji dan epal fuji sebiji.
Cucuk insulin 12.

Budak2 makan dari Jalan Kebun Sultan KB tadi.

Kes hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *