AHAD yang terpahat

AHAD
4 Julai 2021

Mengenang dan berkisah. Semata untuk i’tibar … terkandung pengajaran, peringatan, sumber tindakan dan ikhtiar adalah dari dalam serta diri kita sendiri. Kita yang tahu tentang diri kita sendiri. Orang lain tahu juga. Tapi pengetahuan kita tentang diri kita, kita tahu sampai kedalam “perut pedal”…hati kita. Orang lain hanya tahu urusan luar saja.


Darah “dam”, banyak menjadi bukti, hujjah dan saksi dalam urusan kita manusia.

Salah silap dalam urusan ibadat umrah dan haji terkait dengan denda kena “dam” yakni “sembelihan”. Hubungan keturunan dan nasab itu hubungan “darah daging” yang wajib dipelihara dijaga silaturrahim. ALLAH mengharamkan menumpah darah sesama manusia kecuali dengan hak tertentu. Bulan Zulhijjah depan ; 10,11,12 dan 13 pada Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Korban itu “darah” binatang yang dikorbankan. Sembelihan korban ! Orang perempuan, ada masa khusus untuk mereka “turun darah”. “Naik darah” bagi yang marah. Darah turun naik, dikaitkan dengan “tekanan darah” ( BP ). Darah ada pekat dan cairnya. Ada ukurannya tersendiri. Jika darah pekat boleh menyebabkan strook.

Darah perlu dicairkan dengan ada “ubat cair darah”. Ini urusan pegawai kesihatan. Sehingga ada tabung darah dan unit darah untuk urusan derma darah. Setelah “kering darah” dan ada ketika “darah penyakit”.

Itu urusan berkaitan ibadat orang perempuan. Banyak perkara urusan darah dalam agama ISLAM dan urusan kesihatan.
Jaga selia molek darah. Makanan dan minuman kita menjadi darah daging. Makanlah, minumlah yang halal dengan jangan berlebihan yakni sederhana, “makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang”. Itu pesan RasuluLLAH SAW kepada muslimin.


Bukti “gula” dalam darah berkurangan. Boleh jadi kerana di”nutreal” oleh “road block” insulin yang dicucuk 11 malam tadi. الحمدلله

Dan الحمدلله، pagi hari ini memulakan بسم الله الرحمن الرحيم niat dan tekad baru untuk bersama saudara2 yang mencari langkah berikhtiar berubat dengan HOMEOPATHIC.

Mula rasa Homeopathi.

Petang 4:30.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *