22 Zulkaedah 1442
SABTU
3 July 2021
Hidup yang tenggelam dalam nikmat anugerah ILAHI. Semua milik ALLAH SWT. Kita ini hak milik ALLAH.
Hidup dan mati semuanya nikmat anugerah ILAHI. Tenggelam kita dalam nikmat. Merasai nikmat ILAHI yang tidak ternilai. Tidak ada waktu saat terkecuali dari nikmat dan rahmat RABBINA. Tidak ada yang cacat cela dari nikmat kurniaan ILAHI. Semuanya disediakan oleh RABBINA sebagai anugerah untuk memudahkan kita berhamba mengabdi.
Semuga kita ISTIQAMAH, tiada nikmat yang kita engkari dan bohongi. Tak ternilai nikmat dapat mengenali ALLAH melalui IMAN, ISLAM dan EHSAN yang sempurna itu.
Keletihan, lalu terlena awal. Gomo awal lagi. Semasa mengajar Quran anak AFJunduLLAH dan AFSolehah terrasa letih sangat !!. Tidur.
Nasib baik terjaga. Nasib sentiasa baik. Ada “sokmo” selalu sentiasa tak habis-habis tak putus-putus.
Terjaga jam 3 pagi. Nasib baik jika punya hati dan fikiran betul faham reti akan nikmat ALLAH. Lalu ucap الحمدلله.
Teringat, tak cucuk insulin tadi sebelum tidur. Mesti kena cari “hijau petronas”. Saya namakan insulin ini mengikut warna pen tu. Nama dia yang sebenar selalu lupa. Jika tidak sepanjang hari ini “gula” tinggi.
Jam 3 pagi
Pagi ini, bergantung kepada “hijau petronas” ini. Nasib baik cucuk 20 unit jam 3 tadi.
Bilakah boleh guna ubat Homeopathi dari Dr Ustaz Zawawi al-Hafidz ?. Ubat dah ada, cuma jadual saja yang bermasalah. Saya nak serius mengamalkan, nak gula ubat Homeopathi yang tanpa kimia itu.
Dulu, 2 kali dalam sejarah hidup guna ubat Homeopathi. Pertama pada 1989, 90 saya mula kena penyakit usus buasir. Sampai hari ini ingat mulai hari itu “piles”. Semasa belajar di Lahore. Ingat lagi, nama Masood pusat pakar Homeopathi terkenal di Lahore, Pakistan. Kali kedua dengan sahabat saya, Dr Zainuddin. Klinik beliau dibelakang Istana Negeri Kubang Kerian. Beliau telah meninggal dunia. اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
Kena coacer oat pagi ni. Cukup !.
Pagi tadi keluarkan toksid dibelakang rumah. “Ralik”…. asyik serta seronok kerja sehingga tak sedar masuk waktu dzohor. Jam 2:30 naik atas rumah. Letih sangat, “lembik loktek” kehabisan tenaga pula. Mungkin RBS “gula” rendah sangat. Lagi pun berhenti kerja dengan mendadak, menyebabkan rasa hanyut dan semacam hilang tenaga.
Minta buah khurma 4 dengan anak, makan 4 biji dan makan biskut 4 keping serta air susu. Tengok2 naik 9 “gula”. Kena cepat2 cucuk insulin.
Jarum telah sedia dimasukkan. Mula “pen oren” baru masuk jarum baru.
Didalamnya ada jarum. Harga jarum di Farmasi, 100 jarum RM 30.
Insulin dibekal percuma oleh kerajaan. Ada yang pesakit kena beli. Jarum dan strip pesakit kena beli sendiri. Strip ….
Saya guna strip jenama Countour Plus. Didalamnya ada 25 keping strip. Harganya RM 37.
Bila terpaksa beli selalu. Sebab strip penting untuk pantau “gula” terasa berat juga. Seminggu habis sekotak 25 keping. Alangkah baiknya belanjawan akan datang, kerajaan mana2 pun buat peruntukan bagi percuma kepada rakyat yg berpenyakt macam ni.
Jam 10 malam.
Bila “gula” rendah. Hanya “koyak” kupas epal “sebutir” sebiji.
Sejak sekian lama, hari ini kes turun kurang dari 100. Semuga Sabtu ini sebagai tanda kita di bantu ILAHI. ان شاءالله.
Mengakhiri posting hari ini dengan screenshot dari sembangan dengan seorang sahabat …
Pagi … Tengahari nanti nak ke KB.
والله اعلم
Terima kasih.
Dari, saudara anda se’aqidah seperjuangan
FIKRI BIN AWANG
MASJID UTHMANI,
KAMPUNG KOLAM,
16400 MELOR,
KOTA BHARU,
KELANTAN DARUL NAIM
Hp : 013-9976499.
“mungkin anda ingin bersaksi membantu saya dalam urusan Masjid Uthmani….ان شاءالله”