JUMAAT yang di BERKATI

Apa khabar saudara ku semua ? Apa khabar IMAN ?. Apa khabar ?.

Harapan, semuga ujian dihadapi dgn keFAHAMan iman, tauhid dan taqwa.

KeUTAMAannya ialah penjagaan dan pengawalan IMAN. Iman itu penentu kualiti kita.

Pengawalan IMAN ada kaitan rapat dengan pengawalan nafsu.
Pengawalan nafsu lebih susah dari pengawalan “gula”. Kawal nafsu dulu maka “gula” terkawal. Bila gula terkawal maka penyakit lain turut terkawal.

Kepercayaan dan keimanan yang mengawal segalanya pada fan dalam diri kita.

Bererti, penyakit pun dikawal oleh agama ?. Ya.
Untuk sihat, ikut perintah ALLAH akan sihat. Puasa, makan sikit minum sikit jangan melampau. Bererti, berhenti makan sebelum kenyang dan makan ketika lapar. Tidakkah itu pesan RasuluLLAH SAW ?

Pagi ini tersedia nasi goreng “temu”. Sedap !!.

Makan bersama setalam dengan 4 anak ; AFRabbani, AFJunduLLAH, AFSolehah dan AFMardhiyyah kecuali AFMujahidah yang kini diastama.

Temu yang tidak pernah rasa jemu.


Ambil masa rendam dulu kata cheff kecintaan ku. Direndam dulu untuk senang basuh juga !

Temu senang ditanam. Letak atas tanah atau campak dan biarkan. Temu akan tumbuh hidup terutama ditempat yang kebasahan.

Tanam atau campak dalam pasu pun boleh tumbuh dan senang mengambilnya. Kerat dengan pisau dari permukaan tanah ! Tanamlah !!

Lepas makan, tinggi. Kena turunkan “gula”. Kena keluarkan kalori ..peluh ditempat yang jadi target, kebun herba temu. Says nak bersihkan taman herba ini.

Sayang dengan temu ini. Semuga temu boleh membantu kesihatan. ان شاءالله.

Atas ; temu yang tak sangka tumbuh.

Hari ini masih lagi tak dapat solat Jumaat.

Kes COVID-19 dah ada.

Kes semakin kurang. Tadi saya komen di FB akaun Dr Izani, salah seorang EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

Saya tulis, “Turun sikit2 tak apa jangan naik sikit2”. ALLAH uji dengan Yang Maha Adil NYA. Tiada pada ALLAH keZALIMan sama sekali.

Ke Kedai Melor petang ini. Ada pengumuman.


Agaknya pengumuman ni untuk kerja2 untuk pasang jalan atas. Dibawah nya Jalan Melor – Ketereh di Buloh Poh.

Bertabadur Surah An-Nur

Petang Jumaat ini.


Dalam perjalanan ke Kedai Melor tadi, jeling kesebelah yang diminati ramai kini. Nilainya tinggi sangat !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *